KISAHKU
Kisahku
Kisah antara kau dan aku
Perkenalan yang tak disangka
Cinta terjalin terputus kerana dia
Mungkin kerana salahku dan silapmu
Tetapi sangat menyiksa jiwa
Bertahun aku cuba melupakan
Sehingga aku berubah
Bagiku cinta hanyalah mainan
Tiadaku kenal diriku
Sehingga kematian menyedarkanku
Sesungguhnya aku redha andai jodoh tiada
Tetapi…
Pertemuan yang tak diduga
Sengaja aku bukakan hati yang lara
Kepada insan yang setia
Namun aku takut harapan diberi derita yang kau rasa
Bertahun menyemai rasa
Sayangnya ada namum mengapa aku tak gembira
Seringkali aku bandingkan kau dan dia
Aku takut kerana aku sang pendusta
Mencintaimu tetapi rasa bersalah yang ku rasa
Sungguh aku takut…
Maafkan daku yang pergi tanpa kata-kata
Tak sanggup melihat kau kecewa
Biarlah hilangku jangan kau merana
Beribu ampun ku pinta
Bertahun berlalu…
Hatiku seakan terkunci tiada rasa
Mungkin kerana aku takut
Rasa bersalah yang tiada penghujung
Kecewa yang mengeraskan pendirianku
Tiada ku berharap
Namun ku berdoa
Semoga hati ini dijaga oleh insan selayaknya…
:)
ReplyDelete