Hiking Bukit Pak yus


Hiking Bukit Pak Yus

Miss Apple memang minat hiking..so salah sorang kawan sekolah Miss Apple ni pun suka hiking so kitaorang plan la nak pergi hiking bila ada group hiking ni cari orang untuk hiking bukit Pak Yus dekat Jitra. Group hiking ni ambil la sikit bayaran dalam RM10 sekepala..Tapi bayaran ni separuh akan didermakan …Apa salahnya, sambil hiking sambil beramal kan..huhu.

Seperti yang dijanjikan Kami semua bergerak berasingan mengikut kawasan masing-masing. Dalam pukul 5 pagi Kawan Miss Apple datang rumah pickup Miss Apple. Sebab diorang janji nak start hiking lepas subuh dalam 6.30 pagi macam tu sebab nak tengok awan karpet. So Miss Apple dan Kawan Miss Apple pun geraklah dari rumah Miss Apple, Kitaorang gerak ke tunjang,Jitra dulu ambil kawan kepada kawan Miss Apple. Dalam pukul 5.30 macam tu baru kitaorang gerak ke lokasi pendakian. Dalam perjalanan tu memang gelap gelita sebab jalan wang tepus memang tak pasang lampu jalan…makin dalam makin tak banyak rumah. Kitaorang follow Maps je yang group hiking kasi.

Alhamdulillah dalam 6.00 pagi macam tu kitaorang sampai kat tapak pendakian bukit Pak Yus. Sampai je situ kitaorang je Perempuan..hahahaha…apalagi segan ah nak keluar sebab semua lelaki yang sampai situ dulu..disebabkan dah masuk waktu subuh kitaorang pun sembahyang dekat tapak tu nak pergi masjid kena keluar balik. Ada macam rumah kayu macam chalet kat situlah kitaorang tumpang solat. Makin lama makin ramai yang sampai. Kita orang daki lebih kurang dekat 50 orang macam tu. Ada student uum jugak join so memang ramai la kan. Miss Apple lebih prefer sikit sebab nanti masa hiking senang gerak..Kalau ramai tahulah macam mana kan…Apapun Miss Apple have fun je..huhu.


Sebelum diberi taklimat ada seorang ni tegur Miss Apple. Masa dia hulur tangan tu disebut nama Miss Apple.. Miss Apple perati dia kejap..dalam hati..eh mana dia tahu nama aku..hahaha..jemm…teragak-agak la Miss Apple nak salam tapi Miss apple salam jugak cakap nama sama ke..kitaorang dua gelak..rupanya nama sama..malu aih..haha..sembang la kejap. Diaorang dah lama join group hiking ni so majority diaorang kenal antara satu sama lain dan memang geng kental hiking.
Tunggu punya tunggu akhirnya kitaorang terpaksa gerak pukul 7.30 sebab oleh kelewatan geng mana tah. Huhu..Tak dapat la nak merasa awan karpet kat puncak. Kawasan Bukit Pak Yus ni memang banyak pacat. Miss Apple dengan Pacat macam nampak hantu..hahaha…so kitaorang sapu yoko—yoko nak kasi pacat tak naik…Nampak je Miss Apple suka aktiviti lasak tapi bab ulat ke pacat ke cacing ke memang tak boleh kompromi…geli dia naik sampai kepala...hahaha.








Mula-mula track dia mendatar je masuk kebun getah..situ Yarabbi memang  rumah pacat kot banyak gila..walaupun Miss Apple takut pacat tapi kena buang sendiri..Miss Apple ambil je daun nak pegang dengan tangan memang tak la..huhuhu..tengah-tengah tu memang mencacak dengan licin sebab tanah lada..makin ramai yang lalu makin licin…Kasut Miss Apple masa tu tapak tak tajam agak susah sikit lah..so korang kalau hiking better pakai kasut yang ada paku tu dan bawak sarung tangan sekali senang nak pegang apa-apa tak dak la melecet tangan. Dalam mendaki tu boleh la nampak kepulan awan karpet walaupun tak sampai puncak.
Kitaorang sampai di puncak dalam pukul  9.00 macam tu sebab banyak kali kena berhenti tunggu orang dekat belakang. Sampai puncak kitaorang relax-relax dalam dua jam sambil sembang-sembang dan tangkap gambar.






Lepas dah puas tangkap gambar kitaorang turun…macam biasa masa kat atas masih senang lagi sebab banyak pokok sampai je pertengahan tanah lada tu dah macam pakai kasut roda..hahaha..letak je kaki dua bagi sama lepas tu gelongsor turun tapi kejap je Miss Apple boleh buat sebab makin lama tapak kasut jadi panas..haha yela mengelongsor kemain…memang bahaya sikit. Sampai je kat ladang getah kitaorang stay lama sikit kat situ tunggu yang lain-lain.bila dah lama sangat tunggu orang yang jadi guide tu cakap dyorang turun belah lain so kitaorang gerak je dulu..dah nak sampai tapak pendakian kawan Miss Apple tadi tegur seluar Miss Apple dekat bahagian lutut tu ada darah..huhuhu..pacattttttttt!!!...Miss Apple check takde pun pacatnya..mungkin dah kenyang barangkali.. tiga ekor kot bila balik tengok kesan pacat tu gigit…kalau Miss Apple sedar kat atas bukit tu memang mengelupur kot..hahaha.

Lepas makan nasi bungkus yang guide sediakan kitaorang duduk sembang- sembang dalam sejam sambil tengok- tengok kawasan tapak pendakian tu lepas tu baru gerak balik. So far best jugak tapi tak extrem sangat just dekat tanah lada tu je yang mencabar sikit..huhu…so far Miss Apple dengan kengkawan have fun.


0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple