Air Terjun Sungai Pisang

 Air Terjun Sungai Pisang 



Tanggal 8 Mei 2022, Miss Apple dan kawan- kawan Universiti Miss Apple bercadang nak main air terjun.. so ingat tu nak pergi tempat yang selalu Miss Apple pergi lah  tetapi sebelum hari kejadian, kawan kepada kawan Miss Apple ni cakap pergilah ke Sungai Pisang dekat Gombak sebab tempat tu best dan cantik. So tukarlah plan. Disebabkan Miss Apple ni tak berapa suka bawa kereta area KL so Miss Apple perlawa kawan perempuan Miss Apple tidur rumah untuk memudahkan urusan perjalanan nanti. 


7.30 Pagi 


Miss Apple gerak bersama kawan perempuan pergi ambil kawan lelaki yang menyewa hotel sekitar Petaling Jaya. So dari situ kami gerak ke UIA untuk tunggu guide..eh tak lah kawan kepada kawan lelaki Miss Apple untuk bawa kami ke tempat yang dijanjikan. Nak dijadikan cerita, time tunggu tu punyalah lama... Ya Allah, jarang Miss Apple jumpa lelaki lambat ni..selalu perempuan je (kakak sendiri😂)..tapi biasalah Janji Melayu so sabar  je lah..To be honest, Miss Apple sangat tidak suka menunggu lelama...nak marah tapi kena sabar..hahaha. (Gurau je)...Alang-alang nak tunggu tu kami beli nasi lemak royal dulu tapi still tak sampai lagi..hahaha..dengar macam dah otw..so dia sampai dalam 9.30 pagi macam tu. Kami pergi berempat, naik dua biji kereta. 


10.00 pagi - 12.30 ptg


Perjalanan nak ke Sungai Pisang tu takdelah jauh sangat dalam 30 min je. Laju jugak kami bawa kereta. Nak dijadikan cerita pintu kereta kawan lelaki Miss Apple tutup tak rapat pulak..hahaha. ha ghisau terbukak je..nak berhenti macam aduh laju betul kawan kepada kawan Miss Apple bawak..ha teruskanlah je lah ..hahaha.. tapi Alhamdulillah sampai dalam keadaan selamat. Jalan nk masuk tu  tak besar tak kecik sangat..okaylah kalau kereta bertembung pun boleh lalu lagi. Parking situ RM5 sebiji kereta. Kami mulakan perjalanan  melintasi sungai..kejadian tak diduga, Miss Apple jatuh terjelopok sebab pijak batu licin..first try dh basah half😆..kawan perempuan Miss Apple pun mengikut jejak Miss Apple so kejadian berulang..hahahaha...perjalanan nak ke Air terjun tu macam redah jungle trekking lah jugak..masuk hutan ikut laluan air sungai..kami berhenti 1st check point dekat terowong besar  tu kejap dan teruskan ikut laluan tu..treknya senang je sbb dah ada tanda laluan orang berjalan. 


Tak penat sangat tapi lenguh kaki sebab kena harung air sungai je..hahaha..so dapatlah nikmati permandangan yang cantik sambil dengar bunyi air sungai & unggas hutan. Kawan kepada kawan Miss Apple cakap tempat tu dekat sangat dengan highway Karak. Lagipun Miss Apple perasan takde pun kena pacat ke lintah ke..tu yang best tu. Perjalanan ambil lebih kurang setengah jam macam tu. Sampai air terjun tu rasa puas hati..cantik sangat. Masa kami sampai tu boleh tahan la orang yang dah sampai dulu dari kami. Miss Apple tak tunggu makan dah..laju je menonong masuk dalam air..hahaha..dapat main air apa nak dikata..

Lepas duduk lebih kurang 10 minit baru naik balik untuk makan nasi lemak yang beli tadi. Tapi...Miss Apple entahlah rasa kenyang sangat..makan 3-4 suap bungkus balik. Kawan-kawan Miss Apple makan selera je..hahaha...Kami main air,  bersembang,nikmati keindahan sampai pukul 12 tengahari macam tu decide nk gerak balik untuk next plan. Perjalanan pulang rasa kejap je. Nampak abang jual ice cream, apa lagi belilah sorang satu...hehe..dua benda je Miss Apple tak berapa nak suka situ. Pertama, tong sampahnya tiada, so kami bungkus balik sampah tu. Kedua, bilik air aka tandasnya..hmm sukarlah nak gambarkan tapi sebab kami ada plan lain..jadi mandi sabun jugaklah sikit. Korang yang ada plan nak pergi sana better balik rumah mandi je...



Video ni half je lah Miss Apple ambil sebab yang lelakinya ramai tak pakai baju😅😂..



Sampai disini cerita kali ni... InsyaAllah kalau Miss Apple ada pergi tempat- tempat best yang lain akan diceritakan disini. Bye!









0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple