CNY in Thailand



CNY in Thailand


Miss Apple nak cerita sikit pasal percutian Chinese New year Miss Apple yang lepas, Miss Apple decide dengan kakak Miss Apple nak berjalan-jalan disekitar Thailand. Macam biasa Miss Apple pergi buat boarder pass dekat sempadan Thailand- Bukit kayu hitam since rumah Miss Apple dekat Changlun ja. So harga nak buat boarder pass ni RM 10 ja. So gambaq  better tangkap kat luar sebab dalam tu depa xdak nak tangkap gambaq bagi. Setengah jam macam tu siap la boarder pas tu, than la satu tahun. Miss Apple dengan kakak Miss apple decide naik Moto ja pergi sana sebab kalau naik kereta kena ada insurance bagai, so kitaorang merempit ja kat sana….hahaha.


Disebabkan Miss apple ni terer merempit so moto Miss Apple ja yang bawak moto, masuk ja sempadan kena cop imegresen Malaysia dulu pastu baru Thailand  then kami dua masuk belah pekan danok lah sebab dari bukit kayu hitam. Masuk ja kat situ terlupa pulak nak tukaq duit kat money exchanger kat sempadan tu, teringat sebab nak masuk 7E kat sana, nak bayaq tu baru teringat duit tak tukaq lagi….hahaha..apa lagi keluaq pi cari money exchanger, nasib dekat ja seberang jalan ja sebelah hotel apa tak tau. Dah tak ingat sebab sekarang baru teringat nak tulis.Kami tukaq RM200 ja dapat lah lebih kurang 170 bath, kurang banyak duit Malaysia..hahaha.  Lepas dah tukaq tu kami pusing-pusing sekitar pekan danok cari makan. Kami berhenti makan kat satu kedai patani Islam jual pulut ayam, terliuq Miss apple dengan kakak Miss Apple sebab dah lama tak makan.Harga sepinggan 40 bath = RM4 ja.. okey lah kan murah ja sedap pulak tu. Pastu kami pusing lagi pekan danok cari makanan yang sedap dan yang boleh dimakan, Miss Apple duk geram laksa siam depa..Tapi apa kan daya orang yang jual tu bukan Islam, so Miss apple mampu tengok ja lah…cari yang orang Islam x jumpa, Kami cuci-cuci mata ja lah.


Disebabkan baru pukul 3 macam tu, Miss Apple suruh kakak Miss Apple google tempat menarik, Kami merempit ke taman panda. Sepatutnya situ orang pi malam-malam baru lawa sebab ada lampu-lampu. So sebab awal lagi kami berdua kembali merempit menuju ke hatyai sepanjang perjalanan nak ke hatyai tu Miss Apple Puji la culture kat sana ..orang yang bawak moto tak pakai helmet tapi depa bawak cermat ja. Miss Apple pulak yang rasa macam minah rempit kat situ..hahaha. Orang sana bawak relax-relax ja xdak nak pecut-pecut kecuali kereta lah..sana kereta memang laju.dari danok kami jumpa pekan sadao, tapi kami tak singgah pun terus ke hatyai..Lepas tu Miss Apple nampak papan tanda Pasar terapung Khlong Hae…bila dah masuk tu baru perasan yang pasar tu tak buka hari isnin…aduhh..frust jugak lah…kitaorang teruskan perjalanan ke central festival mall. Sampai kat situ kitaorang parking moto and masuk mall tu..sebenarnya nak cari asean night market entah macam mana boleh sampai central festival mall. Kitaorang masuk jelah alang-alang dah sampai kan. Dalam tu macam biasa lah..macam mall dekat Malaysia. Kitaorang masuk kejap je..lepas tu teruskan perjalanan  ke Asean night market.. dekat je dengan Central Festival Mall tu. Sampai ja dekat Asean Night Market tu pun Tak buka..hahaha..ini memang lawak doh…asal semua tempat tutup…takkan sebab Chinese New year kot kan…Tak ada apa-apa pun kat situ..kitaorang nampak satu Family ni pun dari Malaysia datang kecewa je tak buka…lepas bergambar dua  tiga keping.. kitaorang gerak balik ke danok sebab dah pukul enam. Lagipun naik moto je..risau pulak sebab tempat tak biasa kan…so Miss Apple pun pecut lah ke danok balik.


Dalam 7.30 macam tu sampai Danok,kitaorang singgah Taman Panda tu since dah malam.. Cantik la jugak ada lampu-lampu. Orang pun dah ramai. Masuk situ free je. Tak ada apa-apa bayaran pun. Kitaorang jalan-jalan lah kejap kat situ sambil tangkap gambar… duduk relax-relax sampai 8.30 kitaorang gerak balik Changlun.







Itu jelah kisah Miss Apple dan kakak Miss Apple jalan-jalan ke Thailand. Maklumlah Miss Apple baru start keja nak masuk lagi dalam bajet kena masyuk. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih sikit Miss Apple jenjalan lagi ke Thailand. Kali ni lebih lama sikit kot. Sebab nak pakai passport baru lah boleh masuk dalam sikit, kerabi ke, Bangkok ke..kann.Sampai disini sajalah Miss Apple tulis,InsyaAllah Ada rezeki Miss Apple tulis adventure yang lebih menarik. Bye…

0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple