Riding ATV Adventure Park Kuala Lumpur


ATV Adventure Park, Kuala Lumpur




Hi, Welcome to Blog Miss Apple!

Miss Apple nak  ceritakan sedikit pengalaman Miss Apple pergi buat aktiviti riadah masa cuti hujung Minggu Bulan 2 hari tu. Macam biasa Miss Apple pergi dengan dua orang kakak dan 2 orang kawan sekolah Miss Apple. Kami plan pergi naik ATV. Tempat ATV tu Nama penuh ialah ATV Advanture Park Kuala Lumpur. Nak pergi situ boleh tanya Pak cik Google dekat je dengan Zoo Negara. Dekat situ ada macam-macam package. Range harga RM100- RM300 ikut jenis package yang kita nak. Korang boleh search link ni http://www.atvadventurepark.com/package.php?=I  @ https://www.atvadventurepark.com/ . Dekat situ ada macam-macam akvtiviti boleh buat dan paling penting harga sangat berbaloi dengan expectation korang.


Miss Apple and the gang pilih package RM100 je sebab kali pertama try kan. Kitaorang booking 2 minggu sebelum dan hari kejadian kami gerak dua biji kereta sebab kawan Miss Apple nak datang Damansara Damai macam jauh pulak. So kami decide gerak asing-asing senang, jumpa kat sana je. Pagi tu pukul 5 pagi Miss Apple dah kelam kelibut masak untuk breakfast dan makan tengah hari kami. Miss Apple dengan kakak gerak pukul 7.45 pagi sebab aktiviti start pukul 9 pagi. Sampai je area tu boleh tengok ada jugak orang lain punya  ATV servis. Tapi Miss Apple rasa yang ATV adventure Park nampak lagi best. Sampai dalam 8.45 pagi. Kawan Miss Apple dah sampai lagi awal sebab rumah diaorang dekat je. Kami tak jadi breakfast terus naik tempat ATV tu cari owner untuk pendaftaran. Sambil-sambil duduk tu kitaorang menyempatlah berbual dan tengok guide bawa turun ATV untuk aktiviti pagi tu.  Tak ramai sangat dalam 20 orang je.
























Sebelum start aktiviti ATV yang sebenar, guide ajarkan cara-cara nak handle ATV. So takde lah korang cuak kan macam mana nak ride ATV first time. Kami pusing-pusing keliling tempat pendaftaran tu dulu sampai guide tengok kitaorang dah confident dia suruh stop dan sedia untuk gerak ke tempat yang ada dalam pakej RM100 tu. Sebenarnya ride ATV ni macam naik motor je tapi tak sebab handle dia macam keras sikit .Dalam confident tak confident tu kira okeylah lah benda baru kan takkan tak nak cuba..Hahaha. So korang  boleh refer kat bawah untuk Pakej yang Miss Apple ambil.

1-1  1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall.
The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.



Awal permula jalan mendatar je so senang la. Tapi masuk track ATV tu jalan dia dah tak rata sebab berlopak-lopak. Kat sinilah boleh tegok korang berani ke tak. Walaupun guide dah pesan tak payah takut sebab tayar ATV tu besar sebenarnya dan kalau masuk lopak pun boleh keluar. Time track menaik tu macam-macamlah ada yang terangkat tayar and so on. Macam Miss Apple tak confident bila rasa tayar senget, rasa macam nak terbalik je..seram doh..hahaha. Tapi Alhamdulilah Guide situ memang bagus giler. Diaorang sentiasa tolong dari A- Z. Kalau tengok  diaorang bawak ATV macam F1 walaupun dalam hutan.

So perjalan naik lebih kurang 45 minit. Rehat dekat air terjun 30 minit  sambil bergambar dan gerak turun 45 minit. Yang ni Miss kira masa rawak je sebab tak sempat tengok jam pun. Naik ATV ni penat tangan je sebenarnya sebab banyak kena tekan break tangan. Servis ATV situ kitaorang bagi 5/5 sebab guide memang thorbaik! Patut artis pun pergi situ naik ATV. Tips penting kaki masa naik ATV tu jangan keluarkan walaupun tayar senget macam mana pun sebab bahaya. Miss Apple ada la sekali dua keluarkan tapi nasib selamat sebab masa korang tahan tayar tu bila gerak automatik kaki tu kebawah. Takut sangkut je tak pasal-pasal patah kaki korang…hahaha. So far best sangat dan extrem la jugak sebab selalu hiking pakai kaki tapi yang ni naik ATV satu pengalaman yang berbeza.

Sebelum balik kami  terjun kolam dekat situ mandi manda kejap. Tapi lepas ni tak payah lah sebab nampak jernih tapi banyak kelodak naik bila berenang dalam tu..setakat nak rendam kaki okey lah..hahaha. Lepas mandi tukar baju kami pun berkelah lah dekat bawah pokok dekat dengan kereta untuk makan tengahari. Miss Apple siap buat ayam percik lagi menu tengahari. Oh lupa, sebelum mandi kami makan dekat tempat pendaftaran tu breakfast yang tak sempat nak makan pagi tu. Lebih tu bagi dekat guide –guide situ lah sebab dua-dua orang kawan Miss Apple buat sandwich. Tak habis sebab semua nak cari nasi je time tu. Hahaha.







Permulaan track masih mendatar







Air terjun 

















Makanan Miss Apple Masak😋


ABC ni kami singgah foodcourt dekat Setapak sebab teringin tetiba plus dahaga😎


Sampai disini jelah Miss Apple cerita pengalaman naik ATV. Korang kena try sebab memang best giler! Rugi kalau tak cuba. Thank you so much jugak dekat guide yang tolong kitaorang sepanjang activiti riding ATV tu💜💜💜



1 comment:

  1. Online Casino secret $10 free no deposit bonus - CasinoFreak.com
    Play online casino games for free, no 카지노 deposit bonus, for fun. Check our カジノ シークレット no deposit casino 온카지노 codes now. Play games for free, no deposit bonus and more.

    ReplyDelete

Copyright © 2013 Miss Apple