Ditindih Ketika Tidur


DITINDIH KETIKA TIDUR



Miss Apple nak share sikit  pasal kena tindih ketika tidur. Baru –baru ni kejadian kena tindih ni berlaku kepada Miss Apple. Pada hari kejadian, Miss Apple tidur dekat pukul 4 pagi lepas asyik main game hay day..al maklumlan pagi-pagi selalu orang jual barang rare untuk farm so waktu tu lah nak kumpul barang2 yang rare…hahaha…Lepas je Miss Apple tidur, tak sedar dalam pukul berapa tiba-tiba Miss Apple tersedar dari tidur lepas merasa tangan Miss Apple seolah-olah digengam  dalam bentuk pangkah dan kaki ditarik..tetapi Miss Apple tak dapat mengerakkan badan. Miss Apple cuba untuk membuka mata tetapi mata Miss Apple seakan ditarik kejap seperti digam..mulut Miss Apple juga seolah-olah tidak berdaya untuk bersuara..hanya mengalunkan ayat-ayat suci didalam hati…Miss Apple membaca surah Al-Ikhlas dan Kursi berkali-kali…sehingga Miss Apple memaksa untuk membuka mata walaupun payah sebenarnya..sedar tidak sedar Miss Apple dapat menyebut sesuatu tetapi suara Miss Apple bertukar serak dan kedengaran seperti suara lelaki dalam keadaan marah….masa tu jantung Miss Apple memang berdegup kencang sebab Miss Apple sedar tu memang bukan suara Miss Apple…Dalam kepayahan untuk membuka mata akhirnya Miss Apple buka juga dalam keadaan yang agak malap sebab masa tu hanya pasang lampu tidur. Miss Apple seperti terlihat kelibat hitam seolah-olah bayang hitam…dan mata Miss Apple kembali tutup..dalam beberapa ketika Miss Apple dapat merasakan badan Miss Apple dapat digerakkan sedikit demi sedikit dan akhirnya Miss Apple dapat buka mata walaupun hendak dan tidak hendak saja ..Miss Apple lihat keadaan dihadapan  ..Alhamdulillah tiada apa-apa dek teringatkan kejadian sebentar tadi automatik Miss Apple pejamkan rapat mata dan meneruskan bacaan ayat kursi sehingga tertidur kembali.


Kejadian yang sama pernah berlaku ketika Miss Apple masih sekolah..masa tu miss Apple sekolah menengah..form berapa tak ingat sebab dah berapa tahun lepas cuma apa yang Miss Apple ingat Kejadian ditindih pernah berlaku ketika Miss Apple tidur bersama nenek Miss Apple..Memang sejak Tok Wan Miss Apple meninggal, mula-mula kakak2 Miss Apple yang temankan. Selepas diaorang dah duduk asrama so Miss Apple la menjadi penganti. Masa kejadian tu Miss Apple memang tak boleh bergerak dan tidak boleh langsung mengeluarkan sepatah perkataan walaupun nenek Miss Apple ada disebelah. Miss Apple hanya membacakan Surah Al- Ikhlas berkali-kali sehingga badan dapat digerakkan..tetapi Miss Apple tidak melihat sebarang misteri yang berlaku disekeliling Miss Apple seperti kejadian baru-baru ini. Sepanjang Miss Apple tidur bersama nenek Miss Apple..Miss Apple selalu tertanya-tanya kenapa nenek Miss Apple letakkan kacip Pinang dibawah bantal dan juga buku yasin…soalan ni terjawab bila mak Miss Apple cerita yang orang tua dulu-dulu memang selalu letakkan benda tajam bawah bantal sebab benda yang tajam dapat menghindarkan diri dari gangguan…so sejak tu Miss Apple letakkan Yasin dibawah bantal Miss Apple..Cuma sekarang ni bila dah umur 23 tahun ni Miss Apple dah  tak letak sebab kadang-kadang kaki letak merata-rata so kalau letak yasin bawah bantal nanti tak baik pula..yela kadang tu 360 darjah pusing ..xpun bantal lepas kebawah..hahaha…


Bangun je pagi tu Miss Apple terus Google la…pasal kena tindih ni..so dapat jawapan saintifik dan perubatan Islam…untuk jawapan saintifiknya …kena tindih ni dipanggil ‘ Sleep Paralysis’ di mana keadaan tidak mampu menggerakkan seluruh anggota anggota badan apabila tersedar dari tidur tetapi masih memejamkan mata. Masa tu, orang tu akan merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan tidak dapat digerakkan dan sukar untuk bersuara. Menurut perubatan Islam pula, ada berkemungkinan daripada gangguan iblis dan syaitan kerana ketika tidur, jasad manusia merada di pembaringan . Akal manusia wujud tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti manusia dalam keadaan berjaga. Ketika inilah makhluk yang asalnya daripada api menyerang manusia, iaitu memyerang roh dan menyebabkan gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan sama juga seperti Ilusi.




Selepas beberapa bacaan mengenai ditindih ni.. so Miss Apple pn kurang la rasa seram yela..mungkin juga ia hanyalah ilusi atau halusinasi…Apa-apa pun Miss Apple memang merasa seram sejuk dari bangun pagi sampai ke petang sebab Miss Apple tinggal sorang-sorang kat rumah. Mak Miss Apple pergi tengok tok Miss Apple sakit…sehari Miss Apple kemas bilik nk bagi hilang rasa seram tu sambil pasang ayat-ayat al-Quran..sebab asyik teringat suara Miss Apple yang lain macam. Memang bukan suara  Miss Apple ye..dan masih menjadi tanda tanya…Sampai di sini saja nukilan Miss Apple berkenaan kejadian ditindih ketika tidur..Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya dari segala tipu daya syaitan dan iblis laknatullah.. Allahuakbar!!

1 comment:

Copyright © 2013 Miss Apple