Air Terjun Sungai Pisang

 Air Terjun Sungai Pisang 



Tanggal 8 Mei 2022, Miss Apple dan kawan- kawan Universiti Miss Apple bercadang nak main air terjun.. so ingat tu nak pergi tempat yang selalu Miss Apple pergi lah  tetapi sebelum hari kejadian, kawan kepada kawan Miss Apple ni cakap pergilah ke Sungai Pisang dekat Gombak sebab tempat tu best dan cantik. So tukarlah plan. Disebabkan Miss Apple ni tak berapa suka bawa kereta area KL so Miss Apple perlawa kawan perempuan Miss Apple tidur rumah untuk memudahkan urusan perjalanan nanti. 


7.30 Pagi 


Miss Apple gerak bersama kawan perempuan pergi ambil kawan lelaki yang menyewa hotel sekitar Petaling Jaya. So dari situ kami gerak ke UIA untuk tunggu guide..eh tak lah kawan kepada kawan lelaki Miss Apple untuk bawa kami ke tempat yang dijanjikan. Nak dijadikan cerita, time tunggu tu punyalah lama... Ya Allah, jarang Miss Apple jumpa lelaki lambat ni..selalu perempuan je (kakak sendiri😂)..tapi biasalah Janji Melayu so sabar  je lah..To be honest, Miss Apple sangat tidak suka menunggu lelama...nak marah tapi kena sabar..hahaha. (Gurau je)...Alang-alang nak tunggu tu kami beli nasi lemak royal dulu tapi still tak sampai lagi..hahaha..dengar macam dah otw..so dia sampai dalam 9.30 pagi macam tu. Kami pergi berempat, naik dua biji kereta. 


10.00 pagi - 12.30 ptg


Perjalanan nak ke Sungai Pisang tu takdelah jauh sangat dalam 30 min je. Laju jugak kami bawa kereta. Nak dijadikan cerita pintu kereta kawan lelaki Miss Apple tutup tak rapat pulak..hahaha. ha ghisau terbukak je..nak berhenti macam aduh laju betul kawan kepada kawan Miss Apple bawak..ha teruskanlah je lah ..hahaha.. tapi Alhamdulillah sampai dalam keadaan selamat. Jalan nk masuk tu  tak besar tak kecik sangat..okaylah kalau kereta bertembung pun boleh lalu lagi. Parking situ RM5 sebiji kereta. Kami mulakan perjalanan  melintasi sungai..kejadian tak diduga, Miss Apple jatuh terjelopok sebab pijak batu licin..first try dh basah half😆..kawan perempuan Miss Apple pun mengikut jejak Miss Apple so kejadian berulang..hahahaha...perjalanan nak ke Air terjun tu macam redah jungle trekking lah jugak..masuk hutan ikut laluan air sungai..kami berhenti 1st check point dekat terowong besar  tu kejap dan teruskan ikut laluan tu..treknya senang je sbb dah ada tanda laluan orang berjalan. 


Tak penat sangat tapi lenguh kaki sebab kena harung air sungai je..hahaha..so dapatlah nikmati permandangan yang cantik sambil dengar bunyi air sungai & unggas hutan. Kawan kepada kawan Miss Apple cakap tempat tu dekat sangat dengan highway Karak. Lagipun Miss Apple perasan takde pun kena pacat ke lintah ke..tu yang best tu. Perjalanan ambil lebih kurang setengah jam macam tu. Sampai air terjun tu rasa puas hati..cantik sangat. Masa kami sampai tu boleh tahan la orang yang dah sampai dulu dari kami. Miss Apple tak tunggu makan dah..laju je menonong masuk dalam air..hahaha..dapat main air apa nak dikata..

Lepas duduk lebih kurang 10 minit baru naik balik untuk makan nasi lemak yang beli tadi. Tapi...Miss Apple entahlah rasa kenyang sangat..makan 3-4 suap bungkus balik. Kawan-kawan Miss Apple makan selera je..hahaha...Kami main air,  bersembang,nikmati keindahan sampai pukul 12 tengahari macam tu decide nk gerak balik untuk next plan. Perjalanan pulang rasa kejap je. Nampak abang jual ice cream, apa lagi belilah sorang satu...hehe..dua benda je Miss Apple tak berapa nak suka situ. Pertama, tong sampahnya tiada, so kami bungkus balik sampah tu. Kedua, bilik air aka tandasnya..hmm sukarlah nak gambarkan tapi sebab kami ada plan lain..jadi mandi sabun jugaklah sikit. Korang yang ada plan nak pergi sana better balik rumah mandi je...



Video ni half je lah Miss Apple ambil sebab yang lelakinya ramai tak pakai baju😅😂..



Sampai disini cerita kali ni... InsyaAllah kalau Miss Apple ada pergi tempat- tempat best yang lain akan diceritakan disini. Bye!









0 comments:

Kehilangan Tiada Ganti


Kehilangan Tiada Ganti






Hai Semua! Dah lama  rasanya Miss Apple tak menulis. Entah tetiba pulak rasa ingin menulis sesuatu tentang apa yang terjadi sepanjang 2 tahun ni. Sejak- Sejak Covid-19, kebanyakkan orang terkesan terutama yang hilang perkerjaan dan ahli keluarga. Bagi Miss Apple pula,  tahun 2021 merupakan tahun yang  mungkin terlalu memberi kesan yang mendalam. Miss Apple kehilangan ibu tersayang pada tanggal 21 Jan 2021 sehari sebelum tarikh hari lahir ibu Miss Apple (22 Jan 2021). Terkejut, tak sangka, tak terkata...semuanya Miss Apple rasa. Bagaikan itu hanyalah mimpi, terutama sepanjang perbualan kami, ibu Miss Apple tiada tanda-tanda dia akan pergi. Marilah Miss Apple ceritakan...


6.30pm (21 Jan 2021)

Miss Apple menerima panggilan daripada ayah tiri Miss Apple mengatakan ibu Miss Apple tidak sedar diri dan di hospital. Ketika mendengar perkataan ibu tak sedar diri dan di hospital...auto air mata Miss Apple laju je turun. Ayah tiri Miss Apple cakap baliklah. Masa tu Miss Apple memang rasa tak sedap hati. Lepas bercakap dengan Ayah tiri..terus Miss Apple call kakak Miss Apple tapi masa tu mulut & badan Miss Apple dah mengigil sangat sampaikan rakan sekerja Miss Apple takut tengok..lepas tu call majikan untuk maklumkan yang Miss Apple akan ambil cuti..masa cakap Miss Apple hentam ja sebab mulut memang mengigil dengan air mata  tersedu-sedu. Disebabkan LHDN ada buat audit so memang busy sangat masa tu...lepas dah dapat kebenaran, Miss Apple terus gerak balik rumah untuk siap balik kampung.

7.15pm (21 Jan 2021) 

Lepas kemas barang..badan Miss Apple memang masih mengigil...terus ambil wuduk untuk solat Mahgrib tapi tak boleh fokus. Miss Apple masa tu ada kat rumah dengan Angah, sebab tunggu Along lambat sikit. Kami gerak keluar untuk print surat kebenaran rentas negeri. Dalam pukul 8pm mcm tu Along balik. Along datang peluk Miss Apple dan bagitahu 'Ma dh tak ada Sha'. Miss Apple terus terduduk menangis tersedu-sedu. Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu....Allah je yang tahu. Miss Apple gerak masuk bilik sambung nangis..lepas 10-15 minit Miss Apple call kawan baik Miss Apple dari sekolah rendah sebab dedulu Ibu Miss Apple kalau nak berjalan mesti bawa kawan Miss Apple yang satu ni..Lepas dh luah semua... kami tiga beradik turun bawah dengan kucing-kucing kakak Miss Apple . Naik kereta Miss Apple sebab minyak kereta Miss Apple penuh masa tu. Turun tu nampak bos kepada Along ada dekat bawah. Bos Along bawak gi balai polis utk submit surat rentas negeri.


9.00pm(21 Jan 2021)

Sampai dekat balai polis tu, masa nk isi reason rentas negeri tu, Angah perasan Miss Apple tulis 'Ibu meninggal'. Terus meraung dekat luar sebab dia ingat 'Ma' masih ada. Allahu.. Miss Apple tengok Along. Along tak bagi tahu Angah ke? Sekali Along cakap masa call Angah tengah nangis so maybe Angah dengar tak jelas. Miss Apple peluk Angah pastu bagi borang dekat along untuk submit dekat polis. Miss Apple bawak Angah masuk kereta sebab tengok Angah macam dah tak boleh berdiri. Lepas dah setel semua. Bos Along tanya okay ke nak bawak kereta sebab air mata tu tak berhenti -henti...Miss Apple cakap okay je kot memang takde mood sebab otak asyik pikir ibu Miss Apple je. Dalam perjalanan tu semua takde sembang pun lagu apatah lagi..memang  tak bukak lah radionya..biar sunyi sepi..Miss Apple bawak laju tapi tak terasa sebab memang nk balik tatap muka ibu je pikir masa tu.

12.45am (22 Jan 2021)

Sampai hospital terus pergi bahagian mandian jenazah, masa tatap muka ibu dan tubuh yang dah kaku tu merebes air mata Miss Apple..Allahu..Doktor cakap mungkin sebab heart attack sebab masa ayah tiri jumpa ibu Miss Apple kat belakang rumah mulut ibu berbuih..Dalam pukul 1.30am , mandikankan jenazah Ibu dan kafankan sekali. Masa tu Miss Apple rasa macam kosong sangat..macam tak percaya 'Ma dah tak ada'. pukul 2 lebih mcm tu bawa jenazah pulang. Sepanjang kat rumah Miss Apple tidur sebelah jenazah ibu Miss Apple, bukan lebih kepada tidur tetapi baring je. sambil ikut alunan surah yassin 

8.00am (22 Jan 2021)

Orang kampung datang berkunjung. Semua cakap macam tak percaya je. Tapi takdir Allah siapa boleh lawan. Dalam pukul 10 pagi, kali terakhir dpt tengok wajah ibu .. Ya Allah masa tu macam nak meraung tapi redha permergian ibu  dengan niat Allah permudahkan segalanya.. jenazah ibu Miss Apple dibawa ke tanah perkuburan dan selamat ditalkinkan pukul 12 tengahari  mcm tu. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Balik rumah tengok kosong je, dh takde gelak ketawa kami bergurau macam selalu. Walaupun Miss Apple tak makan dari petang semalam sampai ke tengah hari langsung tak lapar.  petang pukul 3 petang baru Miss Apple gi rumah tok dekat sebelah.

Itulah hari lahir ibu Miss Apple Miss Apple dapat lihat buat kali terakhir wajah ibu. Miss Apple ambil cuti 2 minggu untuk settlekan semuanya.  Alhamdulillah segala urusan hal ibu Miss Apple dipermudahkan. So sekarang ni tinggall 3 beradik kami je. Cita-cita Miss Apple nak bawak Ibu Miss Apple ke Mekah tak kesampaian. Sayangilah Ibu Bapa bagi mereka yang masih ada. Berbaktilah walaupun sekecil-kecil kuman.  Berdoa semoga roh ibu Miss Apple di dalam kalangan orang beriman. Amin...









0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple