Mangrove Kayaking Bagan Lalang
Hi Semua! Miss Apple just nak share one of my new adventure berkayak last week dengan kakak dan kawan baik Miss Apple. Disebabkan kawan Miss Apple nak sangat berkayak jadi Miss Apple sharelah satu website ni yang Miss Apple rasa macam best je aktiviti kayaknya. Ni link tu kalau korang nak try berkayak : https://project-vacation.com/product/mangrove-kayaking-bagan-lalang/ . Kat website ni korang boleh tengok macam- macam lagi aktiviti yang best and menarik. Harga pakej yang kami ambil RM120/pax untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak RM80/pax je.
6.40am
Kami bangun awal pagi sebab aktiviti kayak start 9am -1pm. Jarak aktiviti berkayak 6km. Perjalanan dari rumah Miss Apple mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih nak sampai ke Bagan lalang. So, kawan Miss Apple tidur rumah Miss Apple macam biasa. Kami gerak menaiki kereta kawan Miss Apple tapi bukan dia yang bawak tapi ni ha Miss Apple😅. Begitulah setiap kali nak suruh dia drive. Tapi takpelah...Miss Apple okay je.
7.45am
Sebabkan jalan tak berapa jem pastu Miss Apple pun bawak keta laju lah jugak jadi kami sampai Bagan Lalang Sepang cepat dari jangkaan. Apa lagi kami pun cari breakfastlah. Dekat area situ kami boleh lihat banyak sangat penanaman pokok naga. Tapi nak dijadikan cerita, mungkin hari tu public holiday so tak banyak kedai buka pagi-pagi. Miss Apple adalah nampak kedai mamak ni tapi nak singgah tengok macam takde orang pun. Sebab tak yakin jadi kami carilah tempat makan yang lain. Entahlah mungkin sebab lapar sangat masa tu, Miss Apple nampak je kedai makan ramai orang laju je nak masuk tapi nasiblah kakak Miss Apple tegur "eh, jangan! tulis Carlsberg kedai tu". Semua dalam kereta macam ah sudah. Jangan macam-macam. Hahahaha. Takpelah teruskan perjalanan lagi nampak je orang ramai pastu ada yang pakai tudung haa, laju ke Miss Apple break pastu belok kereta. Co-pilot pun tak membantu😂 apatah lagi kakak Miss Apple kat belakang😅, Okaylah kedai tu sedap jugak kena dengan selera,,murah pun ye.
8.15am
Lepas dah makan, kami mulakan perjalanan balik menuju ke destinasi yang sepatutnya. Ambil masa dalam 15 minit. Jalan nak masuk tu takdelah dalam sangat... dalam 8.30am macam tu kami sampai. Lepas dah parking kereta, Miss Apple terus pergi ke jeti kecil dekat situ. Boleh tahan cantik permandangan kat situ. Sebelum nak mulakan aktiviti, kami kena daftar online untuk maklumat diri, emergency contact & certificate. Yang lawaknya emergency contact detail kami letak orang yang nk berkayak jugak😂hahaha. Lepas dah siap daftar tu, orang yang akan lead tu ajar cara berkayak & safety. Lepas taklimat tu kami diberi roti & air mineral. Masa hari tu mujur tak ramai...ada 6 orang je termasuk kami. Sehari sebelum tu kami dimaklumkan ada 20 orang. Hah, ramainya..hahaha.
9.00am
Kami dinasihatkan kalau bawak phone kena ada water protector takut apa-apa jadi nanti. Sebab Semua takut..jadi pakai phone Miss Apple je lah...semua play safe eh..hahaha.. dahlah Miss Apple pun terlupa bawak water protector. Takpelah bukan selalu jadi korban😂. Miss Apple bawak je phone tu walaupun takde protector. Pandai-pandailah jagakan, beringat sebelum kena. So. Kayak ada tiga jadi satu kayak dua orang. Maka bermulalah aktiviti kayak kami. Permulaan, kami diajar pusing-pusing dulu dekat jeti tu bila dah confident baru gerak ke hutan paya. Dalam 20 minit macam tu setel. Kami mula meredah air menuju ke hutan paya. Kami dapat melihat keadaan hutan paya bakau lebih dekat sambil menikmati kehijauan... adalah ungas-ungas kecil dalam tu. Lepas tu kami jugak dinasihatkan supaya berhati- hati dengan haiwan berbisa seperti ular dan sebagainya.
Kami dibawa ke satu checkpoint ni, Dekat situ ada sarang burung helang. Kemudian kami dibawa ke kawasan hutan paya habitat ketam biru. Dalam perjalanan berkayak tu. Kami dapat melihat haiwan air seperti ikan dekat paya bakau & obor- obor. Part yang ada angin sepoi-sepoi tu Ya Allah best giler. Macam nak tido je atas kayak tu. Panas tak berapa sangat masa tu sebab cuaca memang terbaik. Setiap check point kami bergambar..hahaha.
Lepas dah habis pusing paya bakau. Kami dibawa menyeberangi ke kawasan pantai untuk makan tengahari. Masa nak menyeberangi tu air memang beralun sungguh. Penat jugak nak berkayak..hahaha. Macam biasa semua bila dapat makanan laju je. Lepas makan kami dapatlah mandi dan bermain pantai. lama jugak dekat situ. Perjalanan nak balik ke jeti tu, dah takde checkpoint berhenti. Boleh tahan penat tu. Miss Apple dengan kawan Miss Apple kayak kekiri kekanan melelong pun ye😂. Arus kuat jugak masa tu. So far aktiviti kayak situ memang best. Cuma tangan korang kena kuat sikit nak mendayung..hahaha.
1.00pm
Sampai dekat Jeti tu, kami rehat jap sambil ambik turn untuk mandi. Muka semua orang burn sebab lama sangat berjemur..hahahaha. dalam pukul 3pm macam tu gerak balik. Dalam perjalanan balik tu singgahlah beli buah naga. Serius situ memang heaven bagi orang yang suka makan buah naga. Murah gila harganya. So korang kalau nak cari buah naga fresh, sedap dan murah boleh ke Bagan Lalang Sepang. Terbaikkk.
Sampai disinilah Miss Apple ceritakan pengalaman berkayak Miss Apple. InsyaAllah next adventure Miss Apple akan menulis lagi.
0 comments: