Riding ATV Adventure Park Kuala Lumpur


ATV Adventure Park, Kuala Lumpur




Hi, Welcome to Blog Miss Apple!

Miss Apple nak  ceritakan sedikit pengalaman Miss Apple pergi buat aktiviti riadah masa cuti hujung Minggu Bulan 2 hari tu. Macam biasa Miss Apple pergi dengan dua orang kakak dan 2 orang kawan sekolah Miss Apple. Kami plan pergi naik ATV. Tempat ATV tu Nama penuh ialah ATV Advanture Park Kuala Lumpur. Nak pergi situ boleh tanya Pak cik Google dekat je dengan Zoo Negara. Dekat situ ada macam-macam package. Range harga RM100- RM300 ikut jenis package yang kita nak. Korang boleh search link ni http://www.atvadventurepark.com/package.php?=I  @ https://www.atvadventurepark.com/ . Dekat situ ada macam-macam akvtiviti boleh buat dan paling penting harga sangat berbaloi dengan expectation korang.


Miss Apple and the gang pilih package RM100 je sebab kali pertama try kan. Kitaorang booking 2 minggu sebelum dan hari kejadian kami gerak dua biji kereta sebab kawan Miss Apple nak datang Damansara Damai macam jauh pulak. So kami decide gerak asing-asing senang, jumpa kat sana je. Pagi tu pukul 5 pagi Miss Apple dah kelam kelibut masak untuk breakfast dan makan tengah hari kami. Miss Apple dengan kakak gerak pukul 7.45 pagi sebab aktiviti start pukul 9 pagi. Sampai je area tu boleh tengok ada jugak orang lain punya  ATV servis. Tapi Miss Apple rasa yang ATV adventure Park nampak lagi best. Sampai dalam 8.45 pagi. Kawan Miss Apple dah sampai lagi awal sebab rumah diaorang dekat je. Kami tak jadi breakfast terus naik tempat ATV tu cari owner untuk pendaftaran. Sambil-sambil duduk tu kitaorang menyempatlah berbual dan tengok guide bawa turun ATV untuk aktiviti pagi tu.  Tak ramai sangat dalam 20 orang je.
























Sebelum start aktiviti ATV yang sebenar, guide ajarkan cara-cara nak handle ATV. So takde lah korang cuak kan macam mana nak ride ATV first time. Kami pusing-pusing keliling tempat pendaftaran tu dulu sampai guide tengok kitaorang dah confident dia suruh stop dan sedia untuk gerak ke tempat yang ada dalam pakej RM100 tu. Sebenarnya ride ATV ni macam naik motor je tapi tak sebab handle dia macam keras sikit .Dalam confident tak confident tu kira okeylah lah benda baru kan takkan tak nak cuba..Hahaha. So korang  boleh refer kat bawah untuk Pakej yang Miss Apple ambil.

1-1  1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall.
The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.



Awal permula jalan mendatar je so senang la. Tapi masuk track ATV tu jalan dia dah tak rata sebab berlopak-lopak. Kat sinilah boleh tegok korang berani ke tak. Walaupun guide dah pesan tak payah takut sebab tayar ATV tu besar sebenarnya dan kalau masuk lopak pun boleh keluar. Time track menaik tu macam-macamlah ada yang terangkat tayar and so on. Macam Miss Apple tak confident bila rasa tayar senget, rasa macam nak terbalik je..seram doh..hahaha. Tapi Alhamdulilah Guide situ memang bagus giler. Diaorang sentiasa tolong dari A- Z. Kalau tengok  diaorang bawak ATV macam F1 walaupun dalam hutan.

So perjalan naik lebih kurang 45 minit. Rehat dekat air terjun 30 minit  sambil bergambar dan gerak turun 45 minit. Yang ni Miss kira masa rawak je sebab tak sempat tengok jam pun. Naik ATV ni penat tangan je sebenarnya sebab banyak kena tekan break tangan. Servis ATV situ kitaorang bagi 5/5 sebab guide memang thorbaik! Patut artis pun pergi situ naik ATV. Tips penting kaki masa naik ATV tu jangan keluarkan walaupun tayar senget macam mana pun sebab bahaya. Miss Apple ada la sekali dua keluarkan tapi nasib selamat sebab masa korang tahan tayar tu bila gerak automatik kaki tu kebawah. Takut sangkut je tak pasal-pasal patah kaki korang…hahaha. So far best sangat dan extrem la jugak sebab selalu hiking pakai kaki tapi yang ni naik ATV satu pengalaman yang berbeza.

Sebelum balik kami  terjun kolam dekat situ mandi manda kejap. Tapi lepas ni tak payah lah sebab nampak jernih tapi banyak kelodak naik bila berenang dalam tu..setakat nak rendam kaki okey lah..hahaha. Lepas mandi tukar baju kami pun berkelah lah dekat bawah pokok dekat dengan kereta untuk makan tengahari. Miss Apple siap buat ayam percik lagi menu tengahari. Oh lupa, sebelum mandi kami makan dekat tempat pendaftaran tu breakfast yang tak sempat nak makan pagi tu. Lebih tu bagi dekat guide –guide situ lah sebab dua-dua orang kawan Miss Apple buat sandwich. Tak habis sebab semua nak cari nasi je time tu. Hahaha.







Permulaan track masih mendatar







Air terjun 

















Makanan Miss Apple Masak😋


ABC ni kami singgah foodcourt dekat Setapak sebab teringin tetiba plus dahaga😎


Sampai disini jelah Miss Apple cerita pengalaman naik ATV. Korang kena try sebab memang best giler! Rugi kalau tak cuba. Thank you so much jugak dekat guide yang tolong kitaorang sepanjang activiti riding ATV tu💜💜💜



1 comments:

Hiking Bukit Broga


Hiking Broga Hill




Hi guys!

Welcome to Blog Miss Apple. Dah lama rasanya tak menulis sebab sibuk sangat dengan kerja. Hari cuti mengemas rumah tak pun main dengan si bulus..Haha.  Tambah - Tambah sejak MCO start tengah bulan 3 hari tu , Miss Apple kerja dari rumah je tapi rasa macam Lagi sibuk pulak. Alhamdulillah, negara kita berjaya tangani Covid-19 walaupun tak 100% tapi syukur kita dapat jalani hari- hari seperti biasa dengan norma baru.  Miss Apple bukan nak cerita pasal Covid-19 sebenarnya tapi nak share sikit kisah hiking Miss Apple bulan 2 hari tu. Baru hari ni dapat menuiis, hahaha padahal sibuk tengok anime tak pun baca Manga.

Hiking kali ni Miss Apple pergi dengan kakak yang sulung dan dua orang kawan sekolah Miss Apple. Kitaorang hiking Bukit Broga. Selalu tengok orang post macam best dan biasa ja. Teringin la nak try kan sebab nampak track Bukit Broga tu macam mendatar je. Kitaorang gerak awal pagi dalam pukul 5.45 pagi sebab masing-masing menyembang sampai tak ingat dunia. Biasa lah bila bestfriend datang tidur kat rumah, banyak benda nk gosip. Siap keluar makan dengan Karaoke lagi tu..hmm sakan..hahaha.



Lepaking Makan Ayam Penyet Sungai Buloh


Karaoke time!!!


Disebabkan dok rasa macam dapat tengok awan karpet dengan sunrise tapi jadi lain pulak. Kitaorang gerak dari Damansara Damai ke Bukit Broga di semenyih. Tengok Maps macam sejam je tapi sampai dekat pukul 8 pagi. Alkisah sebab cari jalan tak jumpa. KItaorang ada lalu kawasan perumahan ni Pusing sampai dua kali tapi tak jumpa jalan keluar..hahah bunyi macam seram kan..Tapi tak pun sebenarnya dalam taman tu ada masjid sebab pusing sampai dua kali tapi  tak jumpa jalan so alang-alang dah nampak masjid dan dah pukul 6.30 pagi kitaorang decide solatlah kat masjid tu dari cari patrol station. Lepas solat, alhamdulilah jumpa jalan..hahaha. Masing – masing masa tu fikir mungkin Allah nak bagi pertunjuk suruh solat sujud dia dulu sebelum seronok nak hiking. MasyaAllah. Allahuakbar!

Sampai dekat Bukit Broga ,kami tengok ramai giler datang nak hiking. Parking situ dalam ladang kelapa sawit  dan bayaran parking RM3. Boleh tahan penuh la, kitaorang parking hujung jauh dari tempat permulaan nak daki. Start daki tu track masih landai tapi mengah juga la sebab dah lama tak hiking. Sebab boleh tengok dua –tiga orang meniaga air. Sampai pertengahan, Ada Aunty Chinese ni meniaga air kelapa. Ya Allah godaan betul. Tapi kitaorang tak beli pun lagi sebab nak hiking tak boleh minum air banyak. Oh lupa pulak, dekat situ kena bayar RM1 sebab tanah Uncle & Aunty tu kot jadi dia charge sebab lalu dekat tanah diorang.So teruskan daki sampai suku lagi nak sampai puncak. WOW! Track jadi mencanak. Tu lah cabaran nak hiking Broga. Track mencanak dan licin dek orang selalu hiking, so siapa yang pakai kasut tapak haus tu kena hati- hati sebab tali diaorang letak tak banyak membantu lagi-lagi dengan ramai orang.


Before Hiking!





Nak dijadikan cerita, Kakak kepada Miss Apple pakai kasut sport tapi tapak haus. Jenuh jugak lah Miss Apple tolong dia at some point dekat track mencanak tu dia takut nak panjat lagi walaupun ada tali. Dia dah tak confident sebab banyak kali nak jatuh. Takut jugak Miss Apple masa tu. Penat jugak lah tolong guide dia. So Kakak Miss Apple decide dah tak nak teruskan. Masa tu dua orang kawan Miss Apple dah second track mencanak.  Miss Apple pujuk nak guide pn tak jalan. Takpe lah bagi dia turun sebab takkan nak duduk lama kat situ dengan matahari makin naik. So Miss Apple teruskan sorang-sorang sampai puncak, checkpoint first. Tengok dua orang kawan Miss Apple kemain lagi berselfie..hahaha.




















Full Video of  Broga Hiking💓


Kitaorang stay dekat situ 30 minit lepastu gerak ke second checkpoint. Second tinggi sikit. Permandangan so far cantik jugak dengan angin sepoi-sepoi Bahasa. Lepas rehat-rehat bergambar kitaorang decide untuk turun. Masa tu dekat pukul 11 pagi tapi masih ramai dok daki dengan yang nak turun. Mencabar jugak la sebab track mencanak tu kena hati-hati dengan ada yang terkial-kial nak turun sebab tapak kasut haus..hahaha. Sampai je dekat tempat Aunty Chinese tu kitaorang terus tarik kerusi nak minum air kepala.  Patut la sepanjang track dekat atas tak nampak kakak Miss Apple, rupanya dia tengah menikmati air kelapa fresh. Satu biji RM5 je. Okey lah tu dah kira murah sangat. Lepas 30 minit berehat dan bergosip, kitaorang gerak turun. Toilet situ okey-okey lah nak kata bersih 60-70% je. Bayar RM1.

Dalam perjalanan balik tu singgah makan tengahari. Sampai rumah dekat pukul 2 petang. Semua letih gila mandi-mandi lena je. Petang tu ingat nak pergi Taman Layang- Layang tapi hujan pulak.So sebelum dua orang kawan Miss Apple balik kitaorang jenjalan la sekitar Shah Alam. Pergi I-City, Makan-makan gerak balik sebab esok tu kerja . Hahaha. Hari esok tu masing-masing mesej sakit badan tulang semua lah..hahahaha. Tu lah jadi bila badan masing-masing tak fit. Walaupun tak rancang pun plan tiba-tiba je, Alhamdulillah semua selamat dan  dapat la first experience mendaki Bukit Broga.
Jenjalan I-City


Sampai disini jelah kisah Hiking Bukit Broga dari Miss Apple. Kepada sesiapa yang nak mendaki perkara penting ialah kasut. Kena pandai pilih kasut yang bersesuaian sebab track hiking ni tak boleh nak jangka macam mana. So sentiasa hati-hati walaupun dah selalu hiking sebab bahaya ada dimana-mana.

Byeeeeeee!Zzzzz




0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple