RASUK
RASUK
Kejadian rasuk ni memang kerap berlaku especially dekat
asrama- asrama tak pun dekat kolej. Miss
Apple nak cerita sikit la pengalaman Miss Apple tengok dan handle kes rasuk
dari sekolah sampai ke peringkat pengajian tinggi. First pengalaman Miss Apple
masa sekolah lah, Miss Apple duduk asrama masa tingkatan dua walaupun tak lama
dalam 7 bulan macam tu ja atas faktor home sick..hahaha…biasa lah time tu
xpernah berjauhan dengan family…so kerap ja sakit. Walaupun kerap sakit ,
Alhamdulillah lah Miss Apple sentiasa dilindungiNya. Tak ada lagi pengalaman kena rasuk, Cuma tengok
kawan-kawan yang pernah kena.
Kejadian ni bermula lepas sebulan macam tu lepas Miss Apple masuk asrama. Salah seorang
rakan sekelas Miss Apple yang terkena.
Miss Apple masa tu sekolah start tengahari so balik pukul 6 petang setiap hari.
Bila dah balik tu, rushing lah siap2 mandi sebab setiap 7.15 pm kena turun
surau untuk sembahyang maghrib dan Insya berjemaah. Biasa lah bila dah duduk
ramai-ramai, riuh rendah tu perkara biasa. Lagipun ‘benda’ tu memang time
maghrib tu suka berkeliaran.. hahaha. Nak dijadikan cerita, lepas saja
sembahyang tu akan ada study prep . Masa tu lah Miss Apple dan rakan-rakan yang
lain perasan yang salah seorang daripada kami ni senyap. Selalu bersembang
macam biasa. Bila ramai dok tanya, tiba-tiba rakan sekelas Miss Apple pun
menjerit. Masa tu semua pakat ketaq habih dh since tu lah first time jadi.
Malam tu Warden Asrama panggil ustaz untuk datang berubat. Sepanjang kejadian
rasuk tu, Miss Apple punya bulu roma memang berdiri. Miss Apple dapat dengar
suara rakan sekelas Miss Apple lain dan garau. Setiap kali ustaz baca ayat-ayat
suci Al- Quran mesti dia akan terbeliak mata smbil menjerit kesakitan dan
memandang sekeliling dengan mata yang merah dan riak muka yang menakutkan.
Selepas 2 jam Ustaz berubat baru lah
benda tu keluar. Sepanjang malam kami semua tak dapat tidur lena. Semua sambungkan
katil untuk tidur sekali since katil double decker jarak-jarak. Sejak dari hari
tu, Asrama Miss Apple duduk kerap berlaku kes rasuk. Bukan saja rakan sekelas
malahan junior Miss Apple pun ada yang kena. Disebabkan kes rasuk kerap jadi.
Miss Apple pun minta untuk keluar dari asrama.
Kes seterusnya ketika Miss Apple menyambung Pengajian
Diploma di UiTM Kedah. Masa di UiTM, Miss Apple join satu organisasi kolej yang
menguruskan perihal kolej dan sebagainya. Sepanjang pengalaman Miss Apple kena
handle kes rasuk. Salah satu kes ni yang
Miss Apple tak dapat dilupakan semasa di semester 3. Bilik Miss Apple
berada di F3 tingkat 2, Kes rasuk ni melibatkan seorang junior yang duduk sebaris dengan bilik Miss Apple. Lepas
Insya, one of kawan kepada junior Miss Apple ni datang ke bilik Miss Apple
untuk minta bantuan since dia perasan yang rakan dia berubah tingkah laku yang
pelik. Nasiblah rakan sebilik Miss Apple
merupakn seorang yang kuat agama. Miss Apple Panggil rakan sebilik dengan
panggilan Nia. Lepas tu Miss Apple dan
Nia pun gerak kebilik yang dimaksudkan. Sampai saja dekat bilik tu. Apa yang
kami berdua nampak junior kami sedang menangis,dengar macam merintih. Nia pun
bagi salam walaupun salam tidak dijawab. Tiba-tiba junior kami ketawa.Miss
Apple dan Nia dah pandang sesama kami. Lain macam betul dia ni dalam hati. Bila
kami start baca ayat kursi, masa tu jugak junior kami berguling bawah katil
sambil menangis. Bila berhenti saja baca dia ketawa balik pastu menangis. Seram
dak kalau hampa yang kena..huhuh. So
Miss Apple balik bilik untuk ambil laptop dan tinggal Nia sebentar untuk baca ayat lain since
dalam phone Miss Apple cari azan untuk pasang tak dak dalam bilik junior Miss
Apple tu. Kat sini yang Miss Apple rasa pelik sangat walhal memag dalam phone
Miss Apple ada azan. Tak pa, nak sedapkan hati Miss Apple balik bilik ambil
laptop. Miss Apple pasang siap-siap dari bilik Miss Apple supaya tak jadi macam
tadi.. Buka saja azan tu, Junior Miss Apple nak lari keluar tapi kami dan
beberapa orang student lain tahan pintu supaya junior Miss Apple tak dapat
keluar.
Masa tu kami panggil JPK yang lain untuk turun membantu.
Bila call Ustaz, Ustaz tak mahu datang
since ustaz ada anak kecil dan takut ‘Benda’ tu menganggu. Ustaz minta kami
handle dulu. Dalam hati sapa lagi yang boleh tolong, kami mungkin boleh baca
ayat-ayat suci tapi untuk keluarkan benda tu memang tak lah. Bila dah pasang
azan pun benda tu tak jalan . Salah seorang rakan Miss Apple tutup azan. Bila
tutup saja azan tu, junior Miss Apple pun kembali ketawa sambil berguling. Miss
Apple cari balik azan tu memang tak jumpa dah. Seolah-olah Tak nampak. Miss
Apple masa tu dah seram sejuk. Lepas setengah jam macam tu polis bantuan
datang. Tapi Ustaznya tidak pun. Last sekali memang kena jugak panggil Ustaz
Mai berubat. Sampai ja Ustaz dekat muka pintu tu, junior Miss Apple dah start
meracau Bahasa siam. Kejap meangis, kejap ketawa. Bila Ustaz suruh kami semua
pegang dia since tenaga dia lain macam. Masa tu lah Ustaz suruh benda tu keluar
.Bila xmau jugak Ustaz paksa sampai benda tu mengalah. Alhamdulillah keluar
lepas sejam berubat. Semua lega time tu. Disebabkan kami semua rasa tanggungjawab.
Kami sebagai JPK ni bawak junior kami ke bilik JPK di tingkat bawah F2 untuk
baca Al- Quran . Sampai ja dekat satu pohon mempelam ni, benda tu tarik kaki
junior kami supaya tak boleh pergi ke bilik JPK dan junior kami pandang
kebelakang dengan muka takut sambil menjerit. Kami semua Tarik sampai masuk dalam
bilik. Bila dah start baca Al-quran, Junior kami kembali tenang macam biasa
lepas Ustaz berubat. Sepanjang Malam kami semua bergilir2 jaga sampai ke pagi. Sepanjang
Malam tu kami dapat tengok junior kami pandang kiri kanan mcm dia nampak benda
tu. Lepas saja pagi tu. Kami minta kawan sebilik dia bawak mandi air yang ustaz
dah buat untuk mandi. Alhamdilliah semua selesai seperti sediakala.
Sebenarnya , cerita dia bermula sejak junior kami balik
waktu senja lalu di lorong penjalan kaki di depan Library dengan kawan- kawan
kelas dan start tegur something. Disebabkan tu lah benda tu kacau dia. Nak
dijadikan cerita di UiTM merbok terdapat satu jalan, dimana jalan tu merupakan
jalan ‘benda- benda’ tu especially bilik
yang dekat dengan tangga tu adalah bilik junior kami yang kena rasuk
tu.Terlalu banyak benda-benda mistik dimerbok kalau nak tahu. Tapi satu sahaja
kita kena tahu, sentiasa minta perlindungan dariNya agar kita sentiasa dijauhi
kerana bukan kita sahaja makhluk dimuka bumi ini. Banyak lagi kisah mistik Miss
Apple macam Balik kelas waktu senja lalu
di bangunan TEC dengar tapak kaki seret padahal kami semua jalan tak heret kaki.
Bila Miss Apple pandang belakang, tak ada
apa-apa pun. Tapi menurut rakan kelas Miss yang boleh nampak..Yes!! ada benda
mengikut kat belakang. Cuma Miss Apple tak tegur walaupun seram sejuk tu ada.
Sampai kedai makan baru semua buka mulut. Huhuhu.
Sampai disini sahaja lah
cerita seram Miss Apple. Ada
masa, Miss Apple tulis lagiJ
0 comments: