Konvokesyen Degree UiTM Kedah ke-90



Konvokesyen Uitm Kedah ke-90

Pre-Konvo (1st  April 2019)

Kali ni Miss Apple nak share sikit beberapa moment masa Miss Apple dan Rakan-rakan sekelas Miss apple konvo pada 2 April 2019 hari selasa minggu lepas. Miss Apple dapat lah spend  time sikit dengan diorang sehari sebelum konvo sebab masa hari konvokesyen Miss Apple decide nak spend time dengan Miss Apple punya family je.

Miss Apple ambik jubah sehari sebelum konvo, Masa tu lah kitaorang keluar sesame gi makan kat nasi ayam panggang dekat dengan Uitm Kedah. Nasi Ayam situ memang favourite pelajar Uitm sebab sedap dan harga ynag berpatutan. So permulaan Miss Apple dan kawan Miss Apple ni nak tunggu dulu semua sampai tapi atas sebab tertentu kami decide pergi dulu since diorang lambat dekat 3 jam..hahaha…lama kan

Lepas kitaorang gi makan Miss Apple ajak membe Miss Apple ni gi Aman jaya kejap since Miss Apple tak prepare apa-apa pun untuk konvo. Kitaorang pusing aman jaya cari kasut untuk pakai time konvo. Lepas dah dapat kitaorang using-pusing lagi since membe- menbe yang  lain belum sampai.

Lepas 2 jam macam tu kitaorang gerak balik Uitm Kedah since membe-membe yang lain dah sampai.. Sampai je meriah kitaorang al-maklumlah dah lama  tak jumpa.. ada lah sesi peluk cium bagai..mengumpat je belum..hahaha..biasa la semua suka membawang..sambil-sambil menyembang tu sempat la kitaorang snap beberapa pic sebagai kenangan sambil-sambil wefie kan. Then kitaorang decide nak buat pre konvo punya gambar tapi sebelum tu semua membe Miss Apple yang baru sampai dah kelaparan . Kasi lah chance diaorang gi makan..makan mana???.. apa lagi nasi ayam panggang lah semua dah lama teringin nak makan tapi tak boleh-boleh masa balik clearance ritu pun semua dah barai tak sempat nak have fun lelama sikit.. so Miss Apple dengan semua membe satu kepala Miss Apple ni pergi balik Kedai nasi ayam panggang.Alang-alang  Miss Apple dah  beli takoyaki kat Amanjaya makan tu jelah tak kan nak makan nasi lagi kan…huhu

Lepas dah berborak sejam lebih dan semua dah makan. Kitaorang decide nak pre konvo dekat sungai semeling..situ je lah paling dekat dan view situ pun boleh tahan cantik. Juru foto kitaorag adik membe Miss Apple yang tangkap kan ..kitaorang semua posing je..hahaha.. dekat dua jam lebih kitaorang bergambar sambil bergambar tu macam-macam lawak terjadi sampai nak pecah usus gelak..hahaha. Lepas semua dah puas bergambar …semua decide nak balik hotel masing-masing..orang kedah cakap berlegaih habih dah oi..hahaha..maklumlah jubah tu besaq gedabak tebal pulak tu…panaih tu tak tau nak habaq lah..hahaha..padahal esk nak pakai konvo pulak tapi peluh lekat perabih dah…semboq minyak wangi sebotoi la esok tu…hahaha.sis gurau je.. tak dak la berbau pun..masih wangi…yeke? Kesah pulak..nak pakai kejap je kan esok tu..hahaha

Walaupun  rumah Miss Apple dekat ja tapi masih sewa hotel since kakak Miss Apple kerja hari ambik jubah tu..tu pun dia tinggai Miss Apple kat Uitm pastu p bertam tengok site dia..hahaha..so dia sewa hotel lah sebab malas nak drive balik Changlun. Miss Apple  dan kakak  sewa hotel OLD CASA PENENG dekat dengan Village Mall. So far so good.. Miss Apple check in dulu since kakak Miss Apple entah la meeting dia habis pukul berapa tunggu punya tunggu Miss Apple terlelap.. nak ajak kuaq makan sampai 8.30 Malam baru kakak Miss Apple sampai..Nasib dia bawak kepci dari tempat meeting dia. Banyak pulak tu..hahaha..so tak jadi lah kuaq makan luaq …nak ajak tengok wayang pun dh malaih dah …letih dah masing-masing..malam tu kami rehat sepuas-puasnya.





























Hari Konvonkesyen (2nd April 2019)

Pagi-pagi lagi Miss Apple bangun iron baju apa semua…malam tu qasa malaih nak iron..hahaha..sebab dok kalut dengan pre konvo punya gambaq…then Miss Apple request kakak Miss Apple tolong make-up kan ..lama doh make-up..sejam gak lah..Miss Apple tak pernah make-up sampai sejam…hahaha..paling lama pun 20 minit ja tu pun kalau p kenduri…kira okey lah since orang tolong make-upkan ..tapi Miss Apple request soft makeup ja…sebab kena sampai awal. Pukul 10 macam tu kami pun gerak dari hotel tu 9.30 sebab dekat ja nak pi Uitm.

 Sampai Uitm parking penuh…hahahahaha..jammmm..parking jauh nun di pusat islam..sebab sesi Miss Apple tengahari so depan-depan tu semua yang sesi pagi parking..nak jalan naik bukit ke dewan perdana tu huh! Berpeluh sakan…tak tunggu kat khemah nak masuk dewan lagi. Sambil-sambil beratur nak masuk dewan tu sempat la kami ramai-ramai bergambar.

 Alhamdulillah dan tahniah kepada kita semua yang berjaya habiskan degree on time. Penat lelah sepanjang belajar tu terbalas dengan sebuah kejayaan. Tu sajalah nukilan dari Miss Apple kali ni. Sebab pagi esok kerja kena bangun awai. Hahaha…Miss Apple selitkan lah gambar-Gambar sepanjang konvokesyen Miss Apple…

Thank Hures Family…Thanks Classmates and Thanks to all the lecturers..:)



















































0 comments:

CNY in Thailand



CNY in Thailand


Miss Apple nak cerita sikit pasal percutian Chinese New year Miss Apple yang lepas, Miss Apple decide dengan kakak Miss Apple nak berjalan-jalan disekitar Thailand. Macam biasa Miss Apple pergi buat boarder pass dekat sempadan Thailand- Bukit kayu hitam since rumah Miss Apple dekat Changlun ja. So harga nak buat boarder pass ni RM 10 ja. So gambaq  better tangkap kat luar sebab dalam tu depa xdak nak tangkap gambaq bagi. Setengah jam macam tu siap la boarder pas tu, than la satu tahun. Miss Apple dengan kakak Miss apple decide naik Moto ja pergi sana sebab kalau naik kereta kena ada insurance bagai, so kitaorang merempit ja kat sana….hahaha.


Disebabkan Miss apple ni terer merempit so moto Miss Apple ja yang bawak moto, masuk ja sempadan kena cop imegresen Malaysia dulu pastu baru Thailand  then kami dua masuk belah pekan danok lah sebab dari bukit kayu hitam. Masuk ja kat situ terlupa pulak nak tukaq duit kat money exchanger kat sempadan tu, teringat sebab nak masuk 7E kat sana, nak bayaq tu baru teringat duit tak tukaq lagi….hahaha..apa lagi keluaq pi cari money exchanger, nasib dekat ja seberang jalan ja sebelah hotel apa tak tau. Dah tak ingat sebab sekarang baru teringat nak tulis.Kami tukaq RM200 ja dapat lah lebih kurang 170 bath, kurang banyak duit Malaysia..hahaha.  Lepas dah tukaq tu kami pusing-pusing sekitar pekan danok cari makan. Kami berhenti makan kat satu kedai patani Islam jual pulut ayam, terliuq Miss apple dengan kakak Miss Apple sebab dah lama tak makan.Harga sepinggan 40 bath = RM4 ja.. okey lah kan murah ja sedap pulak tu. Pastu kami pusing lagi pekan danok cari makanan yang sedap dan yang boleh dimakan, Miss Apple duk geram laksa siam depa..Tapi apa kan daya orang yang jual tu bukan Islam, so Miss apple mampu tengok ja lah…cari yang orang Islam x jumpa, Kami cuci-cuci mata ja lah.


Disebabkan baru pukul 3 macam tu, Miss Apple suruh kakak Miss Apple google tempat menarik, Kami merempit ke taman panda. Sepatutnya situ orang pi malam-malam baru lawa sebab ada lampu-lampu. So sebab awal lagi kami berdua kembali merempit menuju ke hatyai sepanjang perjalanan nak ke hatyai tu Miss Apple Puji la culture kat sana ..orang yang bawak moto tak pakai helmet tapi depa bawak cermat ja. Miss Apple pulak yang rasa macam minah rempit kat situ..hahaha. Orang sana bawak relax-relax ja xdak nak pecut-pecut kecuali kereta lah..sana kereta memang laju.dari danok kami jumpa pekan sadao, tapi kami tak singgah pun terus ke hatyai..Lepas tu Miss Apple nampak papan tanda Pasar terapung Khlong Hae…bila dah masuk tu baru perasan yang pasar tu tak buka hari isnin…aduhh..frust jugak lah…kitaorang teruskan perjalanan ke central festival mall. Sampai kat situ kitaorang parking moto and masuk mall tu..sebenarnya nak cari asean night market entah macam mana boleh sampai central festival mall. Kitaorang masuk jelah alang-alang dah sampai kan. Dalam tu macam biasa lah..macam mall dekat Malaysia. Kitaorang masuk kejap je..lepas tu teruskan perjalanan  ke Asean night market.. dekat je dengan Central Festival Mall tu. Sampai ja dekat Asean Night Market tu pun Tak buka..hahaha..ini memang lawak doh…asal semua tempat tutup…takkan sebab Chinese New year kot kan…Tak ada apa-apa pun kat situ..kitaorang nampak satu Family ni pun dari Malaysia datang kecewa je tak buka…lepas bergambar dua  tiga keping.. kitaorang gerak balik ke danok sebab dah pukul enam. Lagipun naik moto je..risau pulak sebab tempat tak biasa kan…so Miss Apple pun pecut lah ke danok balik.


Dalam 7.30 macam tu sampai Danok,kitaorang singgah Taman Panda tu since dah malam.. Cantik la jugak ada lampu-lampu. Orang pun dah ramai. Masuk situ free je. Tak ada apa-apa bayaran pun. Kitaorang jalan-jalan lah kejap kat situ sambil tangkap gambar… duduk relax-relax sampai 8.30 kitaorang gerak balik Changlun.







Itu jelah kisah Miss Apple dan kakak Miss Apple jalan-jalan ke Thailand. Maklumlah Miss Apple baru start keja nak masuk lagi dalam bajet kena masyuk. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih sikit Miss Apple jenjalan lagi ke Thailand. Kali ni lebih lama sikit kot. Sebab nak pakai passport baru lah boleh masuk dalam sikit, kerabi ke, Bangkok ke..kann.Sampai disini sajalah Miss Apple tulis,InsyaAllah Ada rezeki Miss Apple tulis adventure yang lebih menarik. Bye…

0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple