Hiking Bukit H


Hiking Bukit H

Masa ni Miss Apple tengah study semester 4 dekat UiTM Kedah…Hiking Bukit H di dirancang oleh kawan serumah dan jugak jiran rumah selang sebuah. Kawan diploma tapi dah degree tak sekelas..huhuhu. Miss Apple ikut je janji Hiking..haha…kitaorang bertolak dari rumah sewa pukul 7.00 pagi masa tu dengan dua biji kereta. Perjalanan dari Taman Lembah Bujang ambil masa 30 minit macam tu nak ke bukit H sungai petani.

Sampai  dekat tapak pendakian, kitaorang tengok memang banyak kereta park kat situ. Lagipun Bukit H ni dekat dengan perumahan so ada jugak orang taman kat situ yang daki. Permulaan pendakian kitaorang mendaki mencacak dan tanah lada memang licin.Tapi kat situ ramai jugak budak-budak belasan tahun daki..kemain laju lah diorang turun ..Kitaorang baru nak daki..so kitaorang  start mendaki walaupun mencacak sampai ke puncak..penat gila. Memang Bukit H tu tak ada jalan  mendatar sepanjang mendaki hanya mendatar bila dah sampai puncak. Disebabkan track yang mencacak salah seorang rakan Miss Apple hampir nak pitam.

Sampai di puncak kitaorang buat video dan tangkap gambar dan turun kebawah. Kitaorang sampai ke bawah dalam pukul 10 pagi macam tu. Gerak balik tu Kitaorang singgah restoran mamak pekena roti canai..huhuhu..nampak tak, sia2 je daki..tapi as always we have fun.









0 comments:

Hiking Bukit Kaci (UUM)


Hiking Bukit Kaci (UUM)

Hiking Bukit Kaci ni tak dirancang pun. Masa tu pun hari pilihan raya so Miss Apple tengah cuti la sebab Miss Apple tengah intern. Nak dijadikan cerita ada la staff dekat tempat intern Miss Apple hiking Bukit Kaci tu. Lagipun dah lama Miss Apple taram nak hiking sebab pagi-pagi lalu situ je nak pergi tempat intern geram je tengok. Takkan tengok je kan..huhu. Nak ajak kawan tempat intern diorang memang tak nak. Malam tu Miss Apple Mesej orang yang pernah hiking situ berapa jam nak sampai puncak..katanya 25 minit..wow …kejap je..lagipun bukit kat situ dah ditarah untuk tanam kelapa sawit so lagi senang nak daki..huhu. Disebabkan kakak Miss Apple balik cuti pilihan raya, Miss Apple heret dia daki sekali..hahaha..jahat tak..tak kann..nakal je sikit.

Sampai je dia pukul 6.00 pagi masa tu …Miss Apple rancang nak daki pukul 7.00 pagi so kitaorang gerak dari rumah pukul 6.45 pagi..huhu..kejap je dari rumah nak ke Bukit Kaci. Ambik masa 15 minit macam tu. Kitaorang naik moto je. Miss Apple park moto dekat satu rumah ni tak pasti rumah sapa tapi kira aci lah..hahaha..nampak tak main redah je.

So kitaorang start daki macam biasa…track tak extrem just penat pusing lereng yang diorang tarah tu je.yela first time daki..pergi turun balik sebab cari jalan nak sampai puncaknya..jalan mati patah balik..Miss Apple yang guide kakak Miss Apple sebab dia memang tak minat sangat hiking-hiking ni. Kasut pun kasi pinjam, bising je lebih..hahaha..kitaorang sambil mendaki sambil bergurau..biasa lah kan bila jarang jumpa…sekali sekala menyakat kakak Miss Apple pun best..huhuhu..




Sambil Mendaki kitaorang tangkap gambar..cantik jugak sebab masa tu hujan malam so pagi tu ada la kabus..nampak cantik dengan sunrise pagi..memang cantik view kat situ..Kitaorang sampai pucak dalam 40 minit.. yela main je banyak sambil berhenti tangkap gambar. Miss Apple suka tangkap gambar permandangan especially time sunrise tak pun sunset..huhuhu.








So lepas dah puas stay kat puncak tu mengila dua-dua orang. Kitaorang decide nak turun sebab nak balik siap nak pergi mengundi pulak..Yela kan pilihan raya. Lagipun Miss Apple first time mengundi..huhu..turun tu kitaorang macam terpergi jauh pulak dari tempat park moto..hahaha..jemmm…Miss Apple suruh jalan mendatar je kat atas bukit tu tapi kakak Miss Apple suggest suruh turun jalan raya je senang..Malas nak potpet ikut je la…tapi baru je dua minit jalan bunyi dua tiga ekor anjing menyalak dekat gudang apa tah kat situ..hahaha..apalagi patah balik naik..so kitorang jalan mendatar je sampai ke tempat park moto…so far okey lah…just have fun..huhu…balik tu siap-siap nak pergi mengundi…Tunaikan kewajipan sebagai rakyat. ..SAYANGI MALAYSIAKU (9 Mei 2018)



0 comments:

Hiking Bukit Pak yus


Hiking Bukit Pak Yus

Miss Apple memang minat hiking..so salah sorang kawan sekolah Miss Apple ni pun suka hiking so kitaorang plan la nak pergi hiking bila ada group hiking ni cari orang untuk hiking bukit Pak Yus dekat Jitra. Group hiking ni ambil la sikit bayaran dalam RM10 sekepala..Tapi bayaran ni separuh akan didermakan …Apa salahnya, sambil hiking sambil beramal kan..huhu.

Seperti yang dijanjikan Kami semua bergerak berasingan mengikut kawasan masing-masing. Dalam pukul 5 pagi Kawan Miss Apple datang rumah pickup Miss Apple. Sebab diorang janji nak start hiking lepas subuh dalam 6.30 pagi macam tu sebab nak tengok awan karpet. So Miss Apple dan Kawan Miss Apple pun geraklah dari rumah Miss Apple, Kitaorang gerak ke tunjang,Jitra dulu ambil kawan kepada kawan Miss Apple. Dalam pukul 5.30 macam tu baru kitaorang gerak ke lokasi pendakian. Dalam perjalanan tu memang gelap gelita sebab jalan wang tepus memang tak pasang lampu jalan…makin dalam makin tak banyak rumah. Kitaorang follow Maps je yang group hiking kasi.

Alhamdulillah dalam 6.00 pagi macam tu kitaorang sampai kat tapak pendakian bukit Pak Yus. Sampai je situ kitaorang je Perempuan..hahahaha…apalagi segan ah nak keluar sebab semua lelaki yang sampai situ dulu..disebabkan dah masuk waktu subuh kitaorang pun sembahyang dekat tapak tu nak pergi masjid kena keluar balik. Ada macam rumah kayu macam chalet kat situlah kitaorang tumpang solat. Makin lama makin ramai yang sampai. Kita orang daki lebih kurang dekat 50 orang macam tu. Ada student uum jugak join so memang ramai la kan. Miss Apple lebih prefer sikit sebab nanti masa hiking senang gerak..Kalau ramai tahulah macam mana kan…Apapun Miss Apple have fun je..huhu.


Sebelum diberi taklimat ada seorang ni tegur Miss Apple. Masa dia hulur tangan tu disebut nama Miss Apple.. Miss Apple perati dia kejap..dalam hati..eh mana dia tahu nama aku..hahaha..jemm…teragak-agak la Miss Apple nak salam tapi Miss apple salam jugak cakap nama sama ke..kitaorang dua gelak..rupanya nama sama..malu aih..haha..sembang la kejap. Diaorang dah lama join group hiking ni so majority diaorang kenal antara satu sama lain dan memang geng kental hiking.
Tunggu punya tunggu akhirnya kitaorang terpaksa gerak pukul 7.30 sebab oleh kelewatan geng mana tah. Huhu..Tak dapat la nak merasa awan karpet kat puncak. Kawasan Bukit Pak Yus ni memang banyak pacat. Miss Apple dengan Pacat macam nampak hantu..hahaha…so kitaorang sapu yoko—yoko nak kasi pacat tak naik…Nampak je Miss Apple suka aktiviti lasak tapi bab ulat ke pacat ke cacing ke memang tak boleh kompromi…geli dia naik sampai kepala...hahaha.








Mula-mula track dia mendatar je masuk kebun getah..situ Yarabbi memang  rumah pacat kot banyak gila..walaupun Miss Apple takut pacat tapi kena buang sendiri..Miss Apple ambil je daun nak pegang dengan tangan memang tak la..huhuhu..tengah-tengah tu memang mencacak dengan licin sebab tanah lada..makin ramai yang lalu makin licin…Kasut Miss Apple masa tu tapak tak tajam agak susah sikit lah..so korang kalau hiking better pakai kasut yang ada paku tu dan bawak sarung tangan sekali senang nak pegang apa-apa tak dak la melecet tangan. Dalam mendaki tu boleh la nampak kepulan awan karpet walaupun tak sampai puncak.
Kitaorang sampai di puncak dalam pukul  9.00 macam tu sebab banyak kali kena berhenti tunggu orang dekat belakang. Sampai puncak kitaorang relax-relax dalam dua jam sambil sembang-sembang dan tangkap gambar.






Lepas dah puas tangkap gambar kitaorang turun…macam biasa masa kat atas masih senang lagi sebab banyak pokok sampai je pertengahan tanah lada tu dah macam pakai kasut roda..hahaha..letak je kaki dua bagi sama lepas tu gelongsor turun tapi kejap je Miss Apple boleh buat sebab makin lama tapak kasut jadi panas..haha yela mengelongsor kemain…memang bahaya sikit. Sampai je kat ladang getah kitaorang stay lama sikit kat situ tunggu yang lain-lain.bila dah lama sangat tunggu orang yang jadi guide tu cakap dyorang turun belah lain so kitaorang gerak je dulu..dah nak sampai tapak pendakian kawan Miss Apple tadi tegur seluar Miss Apple dekat bahagian lutut tu ada darah..huhuhu..pacattttttttt!!!...Miss Apple check takde pun pacatnya..mungkin dah kenyang barangkali.. tiga ekor kot bila balik tengok kesan pacat tu gigit…kalau Miss Apple sedar kat atas bukit tu memang mengelupur kot..hahaha.

Lepas makan nasi bungkus yang guide sediakan kitaorang duduk sembang- sembang dalam sejam sambil tengok- tengok kawasan tapak pendakian tu lepas tu baru gerak balik. So far best jugak tapi tak extrem sangat just dekat tanah lada tu je yang mencabar sikit..huhu…so far Miss Apple dengan kengkawan have fun.


0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple