Hiking Bukit H


Hiking Bukit H

Masa ni Miss Apple tengah study semester 4 dekat UiTM Kedah…Hiking Bukit H di dirancang oleh kawan serumah dan jugak jiran rumah selang sebuah. Kawan diploma tapi dah degree tak sekelas..huhuhu. Miss Apple ikut je janji Hiking..haha…kitaorang bertolak dari rumah sewa pukul 7.00 pagi masa tu dengan dua biji kereta. Perjalanan dari Taman Lembah Bujang ambil masa 30 minit macam tu nak ke bukit H sungai petani.

Sampai  dekat tapak pendakian, kitaorang tengok memang banyak kereta park kat situ. Lagipun Bukit H ni dekat dengan perumahan so ada jugak orang taman kat situ yang daki. Permulaan pendakian kitaorang mendaki mencacak dan tanah lada memang licin.Tapi kat situ ramai jugak budak-budak belasan tahun daki..kemain laju lah diorang turun ..Kitaorang baru nak daki..so kitaorang  start mendaki walaupun mencacak sampai ke puncak..penat gila. Memang Bukit H tu tak ada jalan  mendatar sepanjang mendaki hanya mendatar bila dah sampai puncak. Disebabkan track yang mencacak salah seorang rakan Miss Apple hampir nak pitam.

Sampai di puncak kitaorang buat video dan tangkap gambar dan turun kebawah. Kitaorang sampai ke bawah dalam pukul 10 pagi macam tu. Gerak balik tu Kitaorang singgah restoran mamak pekena roti canai..huhuhu..nampak tak, sia2 je daki..tapi as always we have fun.









0 comments:

Hiking Bukit Kaci (UUM)


Hiking Bukit Kaci (UUM)

Hiking Bukit Kaci ni tak dirancang pun. Masa tu pun hari pilihan raya so Miss Apple tengah cuti la sebab Miss Apple tengah intern. Nak dijadikan cerita ada la staff dekat tempat intern Miss Apple hiking Bukit Kaci tu. Lagipun dah lama Miss Apple taram nak hiking sebab pagi-pagi lalu situ je nak pergi tempat intern geram je tengok. Takkan tengok je kan..huhu. Nak ajak kawan tempat intern diorang memang tak nak. Malam tu Miss Apple Mesej orang yang pernah hiking situ berapa jam nak sampai puncak..katanya 25 minit..wow …kejap je..lagipun bukit kat situ dah ditarah untuk tanam kelapa sawit so lagi senang nak daki..huhu. Disebabkan kakak Miss Apple balik cuti pilihan raya, Miss Apple heret dia daki sekali..hahaha..jahat tak..tak kann..nakal je sikit.

Sampai je dia pukul 6.00 pagi masa tu …Miss Apple rancang nak daki pukul 7.00 pagi so kitaorang gerak dari rumah pukul 6.45 pagi..huhu..kejap je dari rumah nak ke Bukit Kaci. Ambik masa 15 minit macam tu. Kitaorang naik moto je. Miss Apple park moto dekat satu rumah ni tak pasti rumah sapa tapi kira aci lah..hahaha..nampak tak main redah je.

So kitaorang start daki macam biasa…track tak extrem just penat pusing lereng yang diorang tarah tu je.yela first time daki..pergi turun balik sebab cari jalan nak sampai puncaknya..jalan mati patah balik..Miss Apple yang guide kakak Miss Apple sebab dia memang tak minat sangat hiking-hiking ni. Kasut pun kasi pinjam, bising je lebih..hahaha..kitaorang sambil mendaki sambil bergurau..biasa lah kan bila jarang jumpa…sekali sekala menyakat kakak Miss Apple pun best..huhuhu..




Sambil Mendaki kitaorang tangkap gambar..cantik jugak sebab masa tu hujan malam so pagi tu ada la kabus..nampak cantik dengan sunrise pagi..memang cantik view kat situ..Kitaorang sampai pucak dalam 40 minit.. yela main je banyak sambil berhenti tangkap gambar. Miss Apple suka tangkap gambar permandangan especially time sunrise tak pun sunset..huhuhu.








So lepas dah puas stay kat puncak tu mengila dua-dua orang. Kitaorang decide nak turun sebab nak balik siap nak pergi mengundi pulak..Yela kan pilihan raya. Lagipun Miss Apple first time mengundi..huhu..turun tu kitaorang macam terpergi jauh pulak dari tempat park moto..hahaha..jemmm…Miss Apple suruh jalan mendatar je kat atas bukit tu tapi kakak Miss Apple suggest suruh turun jalan raya je senang..Malas nak potpet ikut je la…tapi baru je dua minit jalan bunyi dua tiga ekor anjing menyalak dekat gudang apa tah kat situ..hahaha..apalagi patah balik naik..so kitorang jalan mendatar je sampai ke tempat park moto…so far okey lah…just have fun..huhu…balik tu siap-siap nak pergi mengundi…Tunaikan kewajipan sebagai rakyat. ..SAYANGI MALAYSIAKU (9 Mei 2018)



0 comments:

Hiking Bukit Pak yus


Hiking Bukit Pak Yus

Miss Apple memang minat hiking..so salah sorang kawan sekolah Miss Apple ni pun suka hiking so kitaorang plan la nak pergi hiking bila ada group hiking ni cari orang untuk hiking bukit Pak Yus dekat Jitra. Group hiking ni ambil la sikit bayaran dalam RM10 sekepala..Tapi bayaran ni separuh akan didermakan …Apa salahnya, sambil hiking sambil beramal kan..huhu.

Seperti yang dijanjikan Kami semua bergerak berasingan mengikut kawasan masing-masing. Dalam pukul 5 pagi Kawan Miss Apple datang rumah pickup Miss Apple. Sebab diorang janji nak start hiking lepas subuh dalam 6.30 pagi macam tu sebab nak tengok awan karpet. So Miss Apple dan Kawan Miss Apple pun geraklah dari rumah Miss Apple, Kitaorang gerak ke tunjang,Jitra dulu ambil kawan kepada kawan Miss Apple. Dalam pukul 5.30 macam tu baru kitaorang gerak ke lokasi pendakian. Dalam perjalanan tu memang gelap gelita sebab jalan wang tepus memang tak pasang lampu jalan…makin dalam makin tak banyak rumah. Kitaorang follow Maps je yang group hiking kasi.

Alhamdulillah dalam 6.00 pagi macam tu kitaorang sampai kat tapak pendakian bukit Pak Yus. Sampai je situ kitaorang je Perempuan..hahahaha…apalagi segan ah nak keluar sebab semua lelaki yang sampai situ dulu..disebabkan dah masuk waktu subuh kitaorang pun sembahyang dekat tapak tu nak pergi masjid kena keluar balik. Ada macam rumah kayu macam chalet kat situlah kitaorang tumpang solat. Makin lama makin ramai yang sampai. Kita orang daki lebih kurang dekat 50 orang macam tu. Ada student uum jugak join so memang ramai la kan. Miss Apple lebih prefer sikit sebab nanti masa hiking senang gerak..Kalau ramai tahulah macam mana kan…Apapun Miss Apple have fun je..huhu.


Sebelum diberi taklimat ada seorang ni tegur Miss Apple. Masa dia hulur tangan tu disebut nama Miss Apple.. Miss Apple perati dia kejap..dalam hati..eh mana dia tahu nama aku..hahaha..jemm…teragak-agak la Miss Apple nak salam tapi Miss apple salam jugak cakap nama sama ke..kitaorang dua gelak..rupanya nama sama..malu aih..haha..sembang la kejap. Diaorang dah lama join group hiking ni so majority diaorang kenal antara satu sama lain dan memang geng kental hiking.
Tunggu punya tunggu akhirnya kitaorang terpaksa gerak pukul 7.30 sebab oleh kelewatan geng mana tah. Huhu..Tak dapat la nak merasa awan karpet kat puncak. Kawasan Bukit Pak Yus ni memang banyak pacat. Miss Apple dengan Pacat macam nampak hantu..hahaha…so kitaorang sapu yoko—yoko nak kasi pacat tak naik…Nampak je Miss Apple suka aktiviti lasak tapi bab ulat ke pacat ke cacing ke memang tak boleh kompromi…geli dia naik sampai kepala...hahaha.








Mula-mula track dia mendatar je masuk kebun getah..situ Yarabbi memang  rumah pacat kot banyak gila..walaupun Miss Apple takut pacat tapi kena buang sendiri..Miss Apple ambil je daun nak pegang dengan tangan memang tak la..huhuhu..tengah-tengah tu memang mencacak dengan licin sebab tanah lada..makin ramai yang lalu makin licin…Kasut Miss Apple masa tu tapak tak tajam agak susah sikit lah..so korang kalau hiking better pakai kasut yang ada paku tu dan bawak sarung tangan sekali senang nak pegang apa-apa tak dak la melecet tangan. Dalam mendaki tu boleh la nampak kepulan awan karpet walaupun tak sampai puncak.
Kitaorang sampai di puncak dalam pukul  9.00 macam tu sebab banyak kali kena berhenti tunggu orang dekat belakang. Sampai puncak kitaorang relax-relax dalam dua jam sambil sembang-sembang dan tangkap gambar.






Lepas dah puas tangkap gambar kitaorang turun…macam biasa masa kat atas masih senang lagi sebab banyak pokok sampai je pertengahan tanah lada tu dah macam pakai kasut roda..hahaha..letak je kaki dua bagi sama lepas tu gelongsor turun tapi kejap je Miss Apple boleh buat sebab makin lama tapak kasut jadi panas..haha yela mengelongsor kemain…memang bahaya sikit. Sampai je kat ladang getah kitaorang stay lama sikit kat situ tunggu yang lain-lain.bila dah lama sangat tunggu orang yang jadi guide tu cakap dyorang turun belah lain so kitaorang gerak je dulu..dah nak sampai tapak pendakian kawan Miss Apple tadi tegur seluar Miss Apple dekat bahagian lutut tu ada darah..huhuhu..pacattttttttt!!!...Miss Apple check takde pun pacatnya..mungkin dah kenyang barangkali.. tiga ekor kot bila balik tengok kesan pacat tu gigit…kalau Miss Apple sedar kat atas bukit tu memang mengelupur kot..hahaha.

Lepas makan nasi bungkus yang guide sediakan kitaorang duduk sembang- sembang dalam sejam sambil tengok- tengok kawasan tapak pendakian tu lepas tu baru gerak balik. So far best jugak tapi tak extrem sangat just dekat tanah lada tu je yang mencabar sikit..huhu…so far Miss Apple dengan kengkawan have fun.


0 comments:

Classmates Degree






Ni semua kenangan sepanjang degree...Rindu sebenarnya dengan diaorang ni....semua ni kaki lepak, kaki gaduh..kaki segala kaki lah...Nak berkumpul kena tunggu time konvo tahun depan lah..sebab semua dah berselerak ...hahaha.....Kalau ada masa free Miss Apple selalu edit video-video ceni..baru best nak throwback...

0 comments:

Ditindih Ketika Tidur


DITINDIH KETIKA TIDUR



Miss Apple nak share sikit  pasal kena tindih ketika tidur. Baru –baru ni kejadian kena tindih ni berlaku kepada Miss Apple. Pada hari kejadian, Miss Apple tidur dekat pukul 4 pagi lepas asyik main game hay day..al maklumlan pagi-pagi selalu orang jual barang rare untuk farm so waktu tu lah nak kumpul barang2 yang rare…hahaha…Lepas je Miss Apple tidur, tak sedar dalam pukul berapa tiba-tiba Miss Apple tersedar dari tidur lepas merasa tangan Miss Apple seolah-olah digengam  dalam bentuk pangkah dan kaki ditarik..tetapi Miss Apple tak dapat mengerakkan badan. Miss Apple cuba untuk membuka mata tetapi mata Miss Apple seakan ditarik kejap seperti digam..mulut Miss Apple juga seolah-olah tidak berdaya untuk bersuara..hanya mengalunkan ayat-ayat suci didalam hati…Miss Apple membaca surah Al-Ikhlas dan Kursi berkali-kali…sehingga Miss Apple memaksa untuk membuka mata walaupun payah sebenarnya..sedar tidak sedar Miss Apple dapat menyebut sesuatu tetapi suara Miss Apple bertukar serak dan kedengaran seperti suara lelaki dalam keadaan marah….masa tu jantung Miss Apple memang berdegup kencang sebab Miss Apple sedar tu memang bukan suara Miss Apple…Dalam kepayahan untuk membuka mata akhirnya Miss Apple buka juga dalam keadaan yang agak malap sebab masa tu hanya pasang lampu tidur. Miss Apple seperti terlihat kelibat hitam seolah-olah bayang hitam…dan mata Miss Apple kembali tutup..dalam beberapa ketika Miss Apple dapat merasakan badan Miss Apple dapat digerakkan sedikit demi sedikit dan akhirnya Miss Apple dapat buka mata walaupun hendak dan tidak hendak saja ..Miss Apple lihat keadaan dihadapan  ..Alhamdulillah tiada apa-apa dek teringatkan kejadian sebentar tadi automatik Miss Apple pejamkan rapat mata dan meneruskan bacaan ayat kursi sehingga tertidur kembali.


Kejadian yang sama pernah berlaku ketika Miss Apple masih sekolah..masa tu miss Apple sekolah menengah..form berapa tak ingat sebab dah berapa tahun lepas cuma apa yang Miss Apple ingat Kejadian ditindih pernah berlaku ketika Miss Apple tidur bersama nenek Miss Apple..Memang sejak Tok Wan Miss Apple meninggal, mula-mula kakak2 Miss Apple yang temankan. Selepas diaorang dah duduk asrama so Miss Apple la menjadi penganti. Masa kejadian tu Miss Apple memang tak boleh bergerak dan tidak boleh langsung mengeluarkan sepatah perkataan walaupun nenek Miss Apple ada disebelah. Miss Apple hanya membacakan Surah Al- Ikhlas berkali-kali sehingga badan dapat digerakkan..tetapi Miss Apple tidak melihat sebarang misteri yang berlaku disekeliling Miss Apple seperti kejadian baru-baru ini. Sepanjang Miss Apple tidur bersama nenek Miss Apple..Miss Apple selalu tertanya-tanya kenapa nenek Miss Apple letakkan kacip Pinang dibawah bantal dan juga buku yasin…soalan ni terjawab bila mak Miss Apple cerita yang orang tua dulu-dulu memang selalu letakkan benda tajam bawah bantal sebab benda yang tajam dapat menghindarkan diri dari gangguan…so sejak tu Miss Apple letakkan Yasin dibawah bantal Miss Apple..Cuma sekarang ni bila dah umur 23 tahun ni Miss Apple dah  tak letak sebab kadang-kadang kaki letak merata-rata so kalau letak yasin bawah bantal nanti tak baik pula..yela kadang tu 360 darjah pusing ..xpun bantal lepas kebawah..hahaha…


Bangun je pagi tu Miss Apple terus Google la…pasal kena tindih ni..so dapat jawapan saintifik dan perubatan Islam…untuk jawapan saintifiknya …kena tindih ni dipanggil ‘ Sleep Paralysis’ di mana keadaan tidak mampu menggerakkan seluruh anggota anggota badan apabila tersedar dari tidur tetapi masih memejamkan mata. Masa tu, orang tu akan merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan tidak dapat digerakkan dan sukar untuk bersuara. Menurut perubatan Islam pula, ada berkemungkinan daripada gangguan iblis dan syaitan kerana ketika tidur, jasad manusia merada di pembaringan . Akal manusia wujud tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti manusia dalam keadaan berjaga. Ketika inilah makhluk yang asalnya daripada api menyerang manusia, iaitu memyerang roh dan menyebabkan gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan sama juga seperti Ilusi.




Selepas beberapa bacaan mengenai ditindih ni.. so Miss Apple pn kurang la rasa seram yela..mungkin juga ia hanyalah ilusi atau halusinasi…Apa-apa pun Miss Apple memang merasa seram sejuk dari bangun pagi sampai ke petang sebab Miss Apple tinggal sorang-sorang kat rumah. Mak Miss Apple pergi tengok tok Miss Apple sakit…sehari Miss Apple kemas bilik nk bagi hilang rasa seram tu sambil pasang ayat-ayat al-Quran..sebab asyik teringat suara Miss Apple yang lain macam. Memang bukan suara  Miss Apple ye..dan masih menjadi tanda tanya…Sampai di sini saja nukilan Miss Apple berkenaan kejadian ditindih ketika tidur..Semoga kita semua berada di dalam lindungan-Nya dari segala tipu daya syaitan dan iblis laknatullah.. Allahuakbar!!

1 comments:

Gunung Baling


Hiking Gunung Baling (Best + Mistik)

Permandangan Dari Puncak Gunung Baling


Hiking gunung balinglah yang paling extrem bg Miss Apple sebab disebalik keseronokan mendaki  tu ada misteri nusantara yang berlaku terhadap rakan Miss Apple. Semua ni bermula disebabkan oleh stress dengan belajar Miss Apple dan 6 orang rakan kelas pn rancanglah nak g hiking Gunung Baling sebab ada membe kelas boleh tolong guidekan. Alkisahnya sorang membe Miss Apple ni boleh tolong berubat orang yang mengalami ganguan tutttt....masa malam sebelum bertolak tu...Kitaorang lepak makan2 dekat kedai makan Harun lepas kelas smpai ke malam.. dalam berborak tu tu ad la masing2 cerita kisah n masalah memasing.. so salah seorang membe Miss Apple ni cerita yang dia kena ganggu oleh makhluk halus yang cuba nak berdamping dengan dia....masa sembang tu memang meremang bulu roma Miss Apple ..yela masa tu dh dekat maghrib😅 ....disebabkan membe X miss Apple ni boleh nampak n boleh berubat so dia janjilah nak tolong berubatkan membe B ni...kitaorang yang lain2 ni okeykan jelah...Lepas lepak, semua gerak nak balik rumah sewa masing2 lepas semua dah setuju nak kumpul pukul 2.30 am dekat 7E sebelom gerak g Gunung Baling.

 1.30 am

Masa ni Miss Apple bangun nak sediakan sandwich untuk membe2 Miss Apple semua padahal tidur2 ayam je...xtahu kenapa xboleh lena hari tu...so disebabkan sediakan sandwich tu Miss Apple terlewat sikit dalam 15 minit sebab janji 2.30am tp Miss Apple gerak g 7E 2.45am...sejuk bhai naik moto pepagi ..nasib la 2 minit je..hahaha...Lepas semua dh berkumpul n beli air mineral so kami gerak naik dua buah kereta. Masa dalam perjalanan jalan raya nak ke baling tu...Miss Apple naik dengan membe X dan membe B ni n sorang lagi membe...so kami 4 orang...3 orang lagi naik kereta lain...so dalam perjalanan tu kan membe X ni bawak keta punya laju nak kejar keta membe lagi 3 orang kat depan tu sampai kena mesej la suruh bawak slow skit...padahal kereta dyorang bawak slow je (membe C) Bagitahu dy bawak macam biasa ja...meremang la bulu roma kami semua..sebab masa tu kitaorang buka tingkap sebab nk kena angin luar...lepas mesej tu Miss Apple n membe B ni perasan yang membe X ni asyik tgok cermin berlakang n tepi..tp kami diam je smbil dengar lagu..rasa xperlu untuk tanya masa tu...sambil2 sembang2 macam biasa je.



Peralatan mendaki


  • Lampu suluh better ada dua (pegang and dekat kepala)
  • Air mineral
  • kasut Sport( make sure tapak tak haus sebab nnt mudah tergelincir)
  • Tali



4.00 am

Kami sampai dekat tapak mendaki Gunung Baling...masa tu kelam gila... nampak lampu checkpoint permulaan je warna merah masa tu..kitaorang usha2 tempat pasukan penyelamat tp macam xada orang pn so disebabkan member C dah selalu mendaki Gunung Baling ni so rasa selamat la sikit... kami start mendaki dalam pukul 4.30 am macam tu...So masa permulaan tu kitaorang perasan yang ada berlaku tanah runtuh sikit mungkin sebab hujan dua tiga hari ni so jalan dy terbelah dua tapi masa tu jalan dia boleh naik lg cuma kena berhati-hati sebab dalam jugak lubang yang terbelah tu...masa mula-mula mendaki tu kan mungkin dalam 200 m macam tu membe B tergelincir nasib tak tergolek sebab semua masa tu mmg berpaut dekat penghadang permulaan nk mendaki... sebenarnya ad sesuatu yang berlaku jengjengjeng😱...habis je penghadang tu so kami semua stay dekat satu pangkin nasib ada tempat duduk...masa tu membe X tercungap2 macam xcukup nafas n macam nak pitam so suruh dy baring n membe B muka dah pucat  and semua nampak penat sangat macam dah daki smpai ke puncak padahal baru je daki 15 minit macam tu..Miss Apple n membe yang lain2 memang dah rasa lain macam...masa dekat pangkin tu membe C buka mulut sebab dia pn boleh nampak ...apa lg semua orang mmg naik angin la dh la dalam hutan ...mulut kena jaga kalau tahu pun xpayah sebut mmg masa tu semua dh nk cancel pendakian tu sebab dah jadi macam ni...so Miss Apple yang mmg beria-ria nak mendaki pun mmg terpaksa setuju la..sebab ni soal keselamatan.


5.00 am

Masa tu keadaan sekeliling mmg gelap xnampak ap2...Miss Apple pasang surah Yasin sebab tengok semua masa tu seram sejuk...Alhamdulillah lepas pasang tu hilang la sikit seram sejuk tu..kami stay lama jugak la dekat pangkin tu..dekat pukul 6 macam tu boleh dengar azan subuh dari masjid dekat situ so lagi lega kan...lepas azan subuh tu kami bersembang macam biasa lepas tgk membe X dh okey dh...dalam bersembang tu tetiba membe X and membe C naik atas tempat duduk pangking tu berdiri tegak n tutup lampu suluh ...kami ni yg xtahu apa-apa pun ikut la..macam nk luruh jantung sebab yela tetiba je..semua tutup lampu...rupa-rupanya ada sekor babi hutan melintas sebab tu  tutup lampu...dalam 5-6 minit mcm tu babi hutan tu pun dh pergi so kami duduk balik mcm biasa...dekat 6.30 macam nampak ada askar naik...kami senyum jelah...nak daki semua dh macam hilang semangat...dalam dok bersembang tu tetiba membe C tunjuk gambar dia pernah daki gunung baling...Miss Apple apa lagi...mmg xboleh duduk lah sebab nampak mmg cantik permandangan  dia n Miss Apple dh siap sedia bawak camera semata2 nak snap gambar..masa tu Miss Apple mmg dh bercadang nk sambung pendakian sebab rasa macam rugi datang tapi xteruskan..membe C ni mmg laa...tapi masalahnya takkan Miss Apple nak daki dengan membe C kot dia kan laki mmg tak la Miss Apple nak daki dua orang dengan dia je..so Miss Apple tanya sorang demi sorang n Miss Apple dapat dua orang membe yang 50-50 apa lagi kemain pujuk..hehe..last sekali salah seorang setuju..hihihi..sorang lagi nak jaga membe B..so kami tiga orang pun mula la mendaki sebelum mendaki tu kami ada la bgtahu kat membe2 yang lain kalau diaorang dh okey dan dh cerah nak daki nnt bgtahu la..mesej..kitaorang tunggu kat atas..kalau tak pn mesej bagi tahu stay dekat bawah.


6.45 am

Mulalah pendakian Miss Apple dan 2 orang lagi membe...membe C bagitahu ada 3 checkpoint je..tp semuanya tipu berlaka💔..hahaha..apa lg Miss Apple pun berleter la sebab xsampai2 pn lg...rupanya bukan 3 rasanya 10 checkpoint ada👿...



Miss Apple dan  dua orang membe mendaki

8.00 am

Setelah berpenat-penat dan berpeluh kemain ..Miss Apple dan 2 orang pn sampailah kepuncak....








8.30 am

Membe Miss Apple dapat mesej yang membe kelas lagi 4 orang otw daki nak sampai pucak...Baru la cukup korum..huhuhu...diaorang  sampai dalam pukul 9 macam tu..masa tu dah ad geng2 lain naik puncak sama...masa atas puncak tu memang nikmat permandangan yang cukup indah n cantik..lebih2 lagi awan karpet ..sunrise xnampak sebab cuaca redup masa tu..sejuk je kat atas tu..tp air lah sampai pucak ja dh habis.







Masa kat atas ni barulah kitaorang cerita apa yang terjadi..rupanya kereta Miss Apple naik tu ada kawan yang menumpang kat atas bumbung...disebabkan membe X dan Membe B berubat malam tu nenek kebayan tu ikut kitaorang sampai ke Gunung Baling sebab tu la kereta berat bawak laju tapi sebenarnya slow ja...yang kaki tergelincir tu sebab nenek kebayan tu tarik kaki membe B and membe X sebab tu diorang penat macam dah daki ke puncak walaupun baru permulaan je....masa sembang kat atas tu kitaorang sembang slow2 je yela sebab duduk bukan tempat kita..setiap batas pergaulan kena jaga.


10.30 am

Kitaorang decide nak turun sebab kalau panas sangat nnt turun dahaga lg..so sampai ke bawah tu bukan main penat lagi sebab air dh habis masa daki..turun tu fuhhh....Kitaorang sampai-sampai Miss Apple g minum air paip la sebab kedai makan xbuka...tapi nasib la membe pandai bodek pakcik kedai makan tu..xde makan pn xpe janji ada air....bukan air biasa2 kitaorang minum...air gas kot😆..okelah tu janji ada air sorang dua cup besar tu sapu...punya penat nak cakap...haha..lepas tu membe C ajak g berendam sungai kat rumah mak angkat dia kat kawasan baling jugak...pantang diajak..on je kitaorang...main dengan air ni mmg suka lah...





Sampai je sungai tu kitaorang makan lah sandwich yang Miss Apple buat dan Maggi goreng sambil bersembang n main air ..mandi manda....lepas puas main so kitaorang gerak balik...sampai sini jelah Miss Apple cerita💜💜💜












0 comments:

Assalamualaikum




Hi!

I'm  totally simple minded girl, I don’t like complicated thing. Mind your own business is my first priority in my social networking.    

I just like to share some of my stories & adventures. Stay if you like. If you don't syuhh gi main jauh-jauh


0 comments:

Copyright © 2013 Miss Apple