What Happen to Me?





Berlalu musim berganti tahun

Cerita lama kembali menyapa

Tak tahu kenapa hati ini  tertanya

Apakah masih terpendam  rasa suka

Rahsia tersemat dibuka jua tapi mengapa kepada dia?

 

Perjumpaan sementara tapi sukanya kita

Tak tahu mengapa dengan si dia gementar terasa

Mimpi itu mainan sahaja

Tetapi mengapa ada rasa bahagia?

 

Terkadang terasa sesak di dada

Semoga hati sentiasa dijaga

Tidak pada harapan palsu belaka

Kerana luka pernah dirasa tidak mahu untuk kali kedua

Mencari jawapan dari-Nya

Semoga segalanya terjawab jua…              

 


 Mangrove Kayaking Bagan Lalang 



Hi Semua! Miss Apple just nak share one of my new adventure berkayak last week dengan kakak dan kawan baik Miss Apple. Disebabkan kawan Miss Apple nak sangat berkayak jadi Miss Apple sharelah satu website ni yang Miss Apple rasa macam best je aktiviti kayaknya. Ni link tu kalau korang nak try berkayak : https://project-vacation.com/product/mangrove-kayaking-bagan-lalang/ . Kat website ni korang boleh tengok macam- macam lagi aktiviti yang best and menarik. Harga pakej yang kami ambil RM120/pax untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak RM80/pax je.


6.40am

Kami bangun awal pagi sebab aktiviti kayak start 9am -1pm. Jarak aktiviti berkayak 6km. Perjalanan dari rumah Miss Apple mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih nak sampai ke Bagan lalang. So, kawan Miss Apple tidur rumah Miss Apple macam biasa. Kami gerak menaiki kereta kawan Miss Apple tapi bukan dia yang bawak tapi ni ha Miss ApplešŸ˜…. Begitulah setiap kali nak suruh dia drive. Tapi takpelah...Miss Apple okay je. 


7.45am 

Sebabkan jalan tak berapa jem pastu Miss Apple pun bawak keta laju lah jugak jadi kami sampai Bagan Lalang Sepang cepat dari jangkaan. Apa lagi kami pun cari breakfastlah. Dekat area situ kami boleh lihat banyak sangat penanaman pokok naga. Tapi nak dijadikan cerita, mungkin hari tu public holiday so tak banyak kedai buka pagi-pagi. Miss Apple adalah nampak kedai mamak ni tapi nak singgah tengok macam takde orang pun. Sebab tak yakin jadi kami carilah tempat makan yang lain. Entahlah mungkin sebab lapar sangat masa tu,  Miss Apple nampak je kedai makan ramai orang laju je nak masuk tapi nasiblah kakak Miss Apple tegur "eh, jangan! tulis Carlsberg kedai tu". Semua dalam kereta macam ah sudah. Jangan macam-macam. Hahahaha. Takpelah teruskan perjalanan lagi nampak je orang ramai pastu ada yang pakai tudung haa, laju ke Miss Apple break pastu belok kereta. Co-pilot pun tak membantušŸ˜‚ apatah lagi kakak Miss Apple kat belakangšŸ˜…, Okaylah kedai tu sedap jugak kena dengan selera,,murah pun ye.


8.15am

Lepas dah makan, kami mulakan perjalanan balik menuju ke destinasi yang sepatutnya. Ambil masa dalam 15 minit. Jalan nak masuk tu takdelah dalam sangat... dalam 8.30am macam tu kami sampai. Lepas dah parking kereta, Miss Apple terus pergi ke jeti kecil dekat situ. Boleh tahan cantik permandangan kat situ. Sebelum nak mulakan aktiviti, kami kena daftar online untuk maklumat diri, emergency contact & certificate. Yang lawaknya emergency contact detail kami letak orang yang nk berkayak jugakšŸ˜‚hahaha. Lepas dah siap daftar tu, orang yang akan lead tu ajar cara berkayak & safety. Lepas taklimat tu kami diberi roti & air mineral. Masa hari tu mujur tak ramai...ada 6 orang je termasuk kami. Sehari sebelum tu kami dimaklumkan ada 20 orang. Hah, ramainya..hahaha.


9.00am 

Kami dinasihatkan kalau bawak phone kena ada water protector takut apa-apa jadi nanti. Sebab Semua takut..jadi pakai phone Miss Apple je lah...semua play safe eh..hahaha.. dahlah Miss Apple pun terlupa bawak water protector. Takpelah bukan selalu jadi korbanšŸ˜‚. Miss Apple bawak je phone tu walaupun takde protector. Pandai-pandailah jagakan, beringat sebelum kena. So. Kayak ada tiga jadi satu kayak dua orang. Maka bermulalah aktiviti kayak kami. Permulaan, kami diajar pusing-pusing dulu dekat jeti tu bila dah confident baru gerak ke hutan paya. Dalam 20 minit macam tu setel. Kami mula meredah air menuju ke hutan paya. Kami dapat melihat keadaan hutan paya bakau lebih dekat sambil menikmati kehijauan... adalah ungas-ungas kecil dalam tu. Lepas tu kami jugak dinasihatkan supaya berhati- hati dengan haiwan berbisa seperti ular dan sebagainya.


Kami dibawa ke satu checkpoint ni, Dekat situ ada sarang burung helang. Kemudian kami dibawa ke kawasan hutan paya habitat ketam biru. Dalam perjalanan berkayak tu. Kami dapat melihat haiwan air seperti ikan dekat paya bakau & obor- obor. Part yang ada angin sepoi-sepoi tu Ya Allah best giler. Macam nak tido je atas kayak tu. Panas tak berapa sangat masa tu sebab cuaca memang terbaik. Setiap check point kami bergambar..hahaha.


Lepas dah habis pusing paya bakau. Kami dibawa menyeberangi ke kawasan pantai untuk makan tengahari. Masa nak menyeberangi tu air memang beralun sungguh. Penat jugak nak berkayak..hahaha. Macam biasa semua bila dapat makanan laju je. Lepas makan kami dapatlah mandi dan bermain pantai. lama jugak dekat situ. Perjalanan nak balik ke jeti tu, dah takde checkpoint berhenti. Boleh tahan penat tu. Miss Apple dengan kawan Miss Apple kayak kekiri kekanan melelong pun yešŸ˜‚. Arus kuat jugak masa tu. So far aktiviti kayak situ memang best. Cuma tangan korang kena kuat sikit nak mendayung..hahaha.


1.00pm 

Sampai dekat Jeti tu, kami rehat jap sambil ambik turn untuk mandi. Muka semua orang burn sebab lama sangat berjemur..hahahaha. dalam pukul 3pm macam tu gerak balik. Dalam perjalanan balik tu singgahlah beli buah naga. Serius situ memang heaven bagi orang yang suka makan buah naga. Murah gila harganya. So korang kalau nak cari buah naga fresh, sedap dan murah boleh ke Bagan Lalang Sepang. Terbaikkk.


Sampai disinilah Miss Apple ceritakan pengalaman berkayak Miss Apple. InsyaAllah next adventure Miss Apple akan menulis lagi.


















 Air Terjun Sungai Pisang 



Tanggal 8 Mei 2022, Miss Apple dan kawan- kawan Universiti Miss Apple bercadang nak main air terjun.. so ingat tu nak pergi tempat yang selalu Miss Apple pergi lah  tetapi sebelum hari kejadian, kawan kepada kawan Miss Apple ni cakap pergilah ke Sungai Pisang dekat Gombak sebab tempat tu best dan cantik. So tukarlah plan. Disebabkan Miss Apple ni tak berapa suka bawa kereta area KL so Miss Apple perlawa kawan perempuan Miss Apple tidur rumah untuk memudahkan urusan perjalanan nanti. 


7.30 Pagi 


Miss Apple gerak bersama kawan perempuan pergi ambil kawan lelaki yang menyewa hotel sekitar Petaling Jaya. So dari situ kami gerak ke UIA untuk tunggu guide..eh tak lah kawan kepada kawan lelaki Miss Apple untuk bawa kami ke tempat yang dijanjikan. Nak dijadikan cerita, time tunggu tu punyalah lama... Ya Allah, jarang Miss Apple jumpa lelaki lambat ni..selalu perempuan je (kakak sendirišŸ˜‚)..tapi biasalah Janji Melayu so sabar  je lah..To be honest, Miss Apple sangat tidak suka menunggu lelama...nak marah tapi kena sabar..hahaha. (Gurau je)...Alang-alang nak tunggu tu kami beli nasi lemak royal dulu tapi still tak sampai lagi..hahaha..dengar macam dah otw..so dia sampai dalam 9.30 pagi macam tu. Kami pergi berempat, naik dua biji kereta. 


10.00 pagi - 12.30 ptg


Perjalanan nak ke Sungai Pisang tu takdelah jauh sangat dalam 30 min je. Laju jugak kami bawa kereta. Nak dijadikan cerita pintu kereta kawan lelaki Miss Apple tutup tak rapat pulak..hahaha. ha ghisau terbukak je..nak berhenti macam aduh laju betul kawan kepada kawan Miss Apple bawak..ha teruskanlah je lah ..hahaha.. tapi Alhamdulillah sampai dalam keadaan selamat. Jalan nk masuk tu  tak besar tak kecik sangat..okaylah kalau kereta bertembung pun boleh lalu lagi. Parking situ RM5 sebiji kereta. Kami mulakan perjalanan  melintasi sungai..kejadian tak diduga, Miss Apple jatuh terjelopok sebab pijak batu licin..first try dh basah halfšŸ˜†..kawan perempuan Miss Apple pun mengikut jejak Miss Apple so kejadian berulang..hahahaha...perjalanan nak ke Air terjun tu macam redah jungle trekking lah jugak..masuk hutan ikut laluan air sungai..kami berhenti 1st check point dekat terowong besar  tu kejap dan teruskan ikut laluan tu..treknya senang je sbb dah ada tanda laluan orang berjalan. 


Tak penat sangat tapi lenguh kaki sebab kena harung air sungai je..hahaha..so dapatlah nikmati permandangan yang cantik sambil dengar bunyi air sungai & unggas hutan. Kawan kepada kawan Miss Apple cakap tempat tu dekat sangat dengan highway Karak. Lagipun Miss Apple perasan takde pun kena pacat ke lintah ke..tu yang best tu. Perjalanan ambil lebih kurang setengah jam macam tu. Sampai air terjun tu rasa puas hati..cantik sangat. Masa kami sampai tu boleh tahan la orang yang dah sampai dulu dari kami. Miss Apple tak tunggu makan dah..laju je menonong masuk dalam air..hahaha..dapat main air apa nak dikata..

Lepas duduk lebih kurang 10 minit baru naik balik untuk makan nasi lemak yang beli tadi. Tapi...Miss Apple entahlah rasa kenyang sangat..makan 3-4 suap bungkus balik. Kawan-kawan Miss Apple makan selera je..hahaha...Kami main air,  bersembang,nikmati keindahan sampai pukul 12 tengahari macam tu decide nk gerak balik untuk next plan. Perjalanan pulang rasa kejap je. Nampak abang jual ice cream, apa lagi belilah sorang satu...hehe..dua benda je Miss Apple tak berapa nak suka situ. Pertama, tong sampahnya tiada, so kami bungkus balik sampah tu. Kedua, bilik air aka tandasnya..hmm sukarlah nak gambarkan tapi sebab kami ada plan lain..jadi mandi sabun jugaklah sikit. Korang yang ada plan nak pergi sana better balik rumah mandi je...



Video ni half je lah Miss Apple ambil sebab yang lelakinya ramai tak pakai bajušŸ˜…šŸ˜‚..



Sampai disini cerita kali ni... InsyaAllah kalau Miss Apple ada pergi tempat- tempat best yang lain akan diceritakan disini. Bye!










Kehilangan Tiada Ganti






Hai Semua! Dah lama  rasanya Miss Apple tak menulis. Entah tetiba pulak rasa ingin menulis sesuatu tentang apa yang terjadi sepanjang 2 tahun ni. Sejak- Sejak Covid-19, kebanyakkan orang terkesan terutama yang hilang perkerjaan dan ahli keluarga. Bagi Miss Apple pula,  tahun 2021 merupakan tahun yang  mungkin terlalu memberi kesan yang mendalam. Miss Apple kehilangan ibu tersayang pada tanggal 21 Jan 2021 sehari sebelum tarikh hari lahir ibu Miss Apple (22 Jan 2021). Terkejut, tak sangka, tak terkata...semuanya Miss Apple rasa. Bagaikan itu hanyalah mimpi, terutama sepanjang perbualan kami, ibu Miss Apple tiada tanda-tanda dia akan pergi. Marilah Miss Apple ceritakan...


6.30pm (21 Jan 2021)

Miss Apple menerima panggilan daripada ayah tiri Miss Apple mengatakan ibu Miss Apple tidak sedar diri dan di hospital. Ketika mendengar perkataan ibu tak sedar diri dan di hospital...auto air mata Miss Apple laju je turun. Ayah tiri Miss Apple cakap baliklah. Masa tu Miss Apple memang rasa tak sedap hati. Lepas bercakap dengan Ayah tiri..terus Miss Apple call kakak Miss Apple tapi masa tu mulut & badan Miss Apple dah mengigil sangat sampaikan rakan sekerja Miss Apple takut tengok..lepas tu call majikan untuk maklumkan yang Miss Apple akan ambil cuti..masa cakap Miss Apple hentam ja sebab mulut memang mengigil dengan air mata  tersedu-sedu. Disebabkan LHDN ada buat audit so memang busy sangat masa tu...lepas dah dapat kebenaran, Miss Apple terus gerak balik rumah untuk siap balik kampung.

7.15pm (21 Jan 2021) 

Lepas kemas barang..badan Miss Apple memang masih mengigil...terus ambil wuduk untuk solat Mahgrib tapi tak boleh fokus. Miss Apple masa tu ada kat rumah dengan Angah, sebab tunggu Along lambat sikit. Kami gerak keluar untuk print surat kebenaran rentas negeri. Dalam pukul 8pm mcm tu Along balik. Along datang peluk Miss Apple dan bagitahu 'Ma dh tak ada Sha'. Miss Apple terus terduduk menangis tersedu-sedu. Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu....Allah je yang tahu. Miss Apple gerak masuk bilik sambung nangis..lepas 10-15 minit Miss Apple call kawan baik Miss Apple dari sekolah rendah sebab dedulu Ibu Miss Apple kalau nak berjalan mesti bawa kawan Miss Apple yang satu ni..Lepas dh luah semua... kami tiga beradik turun bawah dengan kucing-kucing kakak Miss Apple . Naik kereta Miss Apple sebab minyak kereta Miss Apple penuh masa tu. Turun tu nampak bos kepada Along ada dekat bawah. Bos Along bawak gi balai polis utk submit surat rentas negeri.


9.00pm(21 Jan 2021)

Sampai dekat balai polis tu, masa nk isi reason rentas negeri tu, Angah perasan Miss Apple tulis 'Ibu meninggal'. Terus meraung dekat luar sebab dia ingat 'Ma' masih ada. Allahu.. Miss Apple tengok Along. Along tak bagi tahu Angah ke? Sekali Along cakap masa call Angah tengah nangis so maybe Angah dengar tak jelas. Miss Apple peluk Angah pastu bagi borang dekat along untuk submit dekat polis. Miss Apple bawak Angah masuk kereta sebab tengok Angah macam dah tak boleh berdiri. Lepas dah setel semua. Bos Along tanya okay ke nak bawak kereta sebab air mata tu tak berhenti -henti...Miss Apple cakap okay je kot memang takde mood sebab otak asyik pikir ibu Miss Apple je. Dalam perjalanan tu semua takde sembang pun lagu apatah lagi..memang  tak bukak lah radionya..biar sunyi sepi..Miss Apple bawak laju tapi tak terasa sebab memang nk balik tatap muka ibu je pikir masa tu.

12.45am (22 Jan 2021)

Sampai hospital terus pergi bahagian mandian jenazah, masa tatap muka ibu dan tubuh yang dah kaku tu merebes air mata Miss Apple..Allahu..Doktor cakap mungkin sebab heart attack sebab masa ayah tiri jumpa ibu Miss Apple kat belakang rumah mulut ibu berbuih..Dalam pukul 1.30am , mandikankan jenazah Ibu dan kafankan sekali. Masa tu Miss Apple rasa macam kosong sangat..macam tak percaya 'Ma dah tak ada'. pukul 2 lebih mcm tu bawa jenazah pulang. Sepanjang kat rumah Miss Apple tidur sebelah jenazah ibu Miss Apple, bukan lebih kepada tidur tetapi baring je. sambil ikut alunan surah yassin 

8.00am (22 Jan 2021)

Orang kampung datang berkunjung. Semua cakap macam tak percaya je. Tapi takdir Allah siapa boleh lawan. Dalam pukul 10 pagi, kali terakhir dpt tengok wajah ibu .. Ya Allah masa tu macam nak meraung tapi redha permergian ibu  dengan niat Allah permudahkan segalanya.. jenazah ibu Miss Apple dibawa ke tanah perkuburan dan selamat ditalkinkan pukul 12 tengahari  mcm tu. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Balik rumah tengok kosong je, dh takde gelak ketawa kami bergurau macam selalu. Walaupun Miss Apple tak makan dari petang semalam sampai ke tengah hari langsung tak lapar.  petang pukul 3 petang baru Miss Apple gi rumah tok dekat sebelah.

Itulah hari lahir ibu Miss Apple Miss Apple dapat lihat buat kali terakhir wajah ibu. Miss Apple ambil cuti 2 minggu untuk settlekan semuanya.  Alhamdulillah segala urusan hal ibu Miss Apple dipermudahkan. So sekarang ni tinggall 3 beradik kami je. Cita-cita Miss Apple nak bawak Ibu Miss Apple ke Mekah tak kesampaian. Sayangilah Ibu Bapa bagi mereka yang masih ada. Berbaktilah walaupun sekecil-kecil kuman.  Berdoa semoga roh ibu Miss Apple di dalam kalangan orang beriman. Amin...










ATV Adventure Park, Kuala Lumpur




Hi, Welcome to Blog Miss Apple!

Miss Apple nak  ceritakan sedikit pengalaman Miss Apple pergi buat aktiviti riadah masa cuti hujung Minggu Bulan 2 hari tu. Macam biasa Miss Apple pergi dengan dua orang kakak dan 2 orang kawan sekolah Miss Apple. Kami plan pergi naik ATV. Tempat ATV tu Nama penuh ialah ATV Advanture Park Kuala Lumpur. Nak pergi situ boleh tanya Pak cik Google dekat je dengan Zoo Negara. Dekat situ ada macam-macam package. Range harga RM100- RM300 ikut jenis package yang kita nak. Korang boleh search link ni http://www.atvadventurepark.com/package.php?=I  @ https://www.atvadventurepark.com/ . Dekat situ ada macam-macam akvtiviti boleh buat dan paling penting harga sangat berbaloi dengan expectation korang.


Miss Apple and the gang pilih package RM100 je sebab kali pertama try kan. Kitaorang booking 2 minggu sebelum dan hari kejadian kami gerak dua biji kereta sebab kawan Miss Apple nak datang Damansara Damai macam jauh pulak. So kami decide gerak asing-asing senang, jumpa kat sana je. Pagi tu pukul 5 pagi Miss Apple dah kelam kelibut masak untuk breakfast dan makan tengah hari kami. Miss Apple dengan kakak gerak pukul 7.45 pagi sebab aktiviti start pukul 9 pagi. Sampai je area tu boleh tengok ada jugak orang lain punya  ATV servis. Tapi Miss Apple rasa yang ATV adventure Park nampak lagi best. Sampai dalam 8.45 pagi. Kawan Miss Apple dah sampai lagi awal sebab rumah diaorang dekat je. Kami tak jadi breakfast terus naik tempat ATV tu cari owner untuk pendaftaran. Sambil-sambil duduk tu kitaorang menyempatlah berbual dan tengok guide bawa turun ATV untuk aktiviti pagi tu.  Tak ramai sangat dalam 20 orang je.
























Sebelum start aktiviti ATV yang sebenar, guide ajarkan cara-cara nak handle ATV. So takde lah korang cuak kan macam mana nak ride ATV first time. Kami pusing-pusing keliling tempat pendaftaran tu dulu sampai guide tengok kitaorang dah confident dia suruh stop dan sedia untuk gerak ke tempat yang ada dalam pakej RM100 tu. Sebenarnya ride ATV ni macam naik motor je tapi tak sebab handle dia macam keras sikit .Dalam confident tak confident tu kira okeylah lah benda baru kan takkan tak nak cuba..Hahaha. So korang  boleh refer kat bawah untuk Pakej yang Miss Apple ambil.

1-1  1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall.
The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.



Awal permula jalan mendatar je so senang la. Tapi masuk track ATV tu jalan dia dah tak rata sebab berlopak-lopak. Kat sinilah boleh tegok korang berani ke tak. Walaupun guide dah pesan tak payah takut sebab tayar ATV tu besar sebenarnya dan kalau masuk lopak pun boleh keluar. Time track menaik tu macam-macamlah ada yang terangkat tayar and so on. Macam Miss Apple tak confident bila rasa tayar senget, rasa macam nak terbalik je..seram doh..hahaha. Tapi Alhamdulilah Guide situ memang bagus giler. Diaorang sentiasa tolong dari A- Z. Kalau tengok  diaorang bawak ATV macam F1 walaupun dalam hutan.

So perjalan naik lebih kurang 45 minit. Rehat dekat air terjun 30 minit  sambil bergambar dan gerak turun 45 minit. Yang ni Miss kira masa rawak je sebab tak sempat tengok jam pun. Naik ATV ni penat tangan je sebenarnya sebab banyak kena tekan break tangan. Servis ATV situ kitaorang bagi 5/5 sebab guide memang thorbaik! Patut artis pun pergi situ naik ATV. Tips penting kaki masa naik ATV tu jangan keluarkan walaupun tayar senget macam mana pun sebab bahaya. Miss Apple ada la sekali dua keluarkan tapi nasib selamat sebab masa korang tahan tayar tu bila gerak automatik kaki tu kebawah. Takut sangkut je tak pasal-pasal patah kaki korang…hahaha. So far best sangat dan extrem la jugak sebab selalu hiking pakai kaki tapi yang ni naik ATV satu pengalaman yang berbeza.

Sebelum balik kami  terjun kolam dekat situ mandi manda kejap. Tapi lepas ni tak payah lah sebab nampak jernih tapi banyak kelodak naik bila berenang dalam tu..setakat nak rendam kaki okey lah..hahaha. Lepas mandi tukar baju kami pun berkelah lah dekat bawah pokok dekat dengan kereta untuk makan tengahari. Miss Apple siap buat ayam percik lagi menu tengahari. Oh lupa, sebelum mandi kami makan dekat tempat pendaftaran tu breakfast yang tak sempat nak makan pagi tu. Lebih tu bagi dekat guide –guide situ lah sebab dua-dua orang kawan Miss Apple buat sandwich. Tak habis sebab semua nak cari nasi je time tu. Hahaha.







Permulaan track masih mendatar







Air terjun 

















Makanan Miss Apple MasakšŸ˜‹


ABC ni kami singgah foodcourt dekat Setapak sebab teringin tetiba plus dahagašŸ˜Ž


Sampai disini jelah Miss Apple cerita pengalaman naik ATV. Korang kena try sebab memang best giler! Rugi kalau tak cuba. Thank you so much jugak dekat guide yang tolong kitaorang sepanjang activiti riding ATV tušŸ’œšŸ’œšŸ’œ




Hiking Broga Hill




Hi guys!

Welcome to Blog Miss Apple. Dah lama rasanya tak menulis sebab sibuk sangat dengan kerja. Hari cuti mengemas rumah tak pun main dengan si bulus..Haha.  Tambah - Tambah sejak MCO start tengah bulan 3 hari tu , Miss Apple kerja dari rumah je tapi rasa macam Lagi sibuk pulak. Alhamdulillah, negara kita berjaya tangani Covid-19 walaupun tak 100% tapi syukur kita dapat jalani hari- hari seperti biasa dengan norma baru.  Miss Apple bukan nak cerita pasal Covid-19 sebenarnya tapi nak share sikit kisah hiking Miss Apple bulan 2 hari tu. Baru hari ni dapat menuiis, hahaha padahal sibuk tengok anime tak pun baca Manga.

Hiking kali ni Miss Apple pergi dengan kakak yang sulung dan dua orang kawan sekolah Miss Apple. Kitaorang hiking Bukit Broga. Selalu tengok orang post macam best dan biasa ja. Teringin la nak try kan sebab nampak track Bukit Broga tu macam mendatar je. Kitaorang gerak awal pagi dalam pukul 5.45 pagi sebab masing-masing menyembang sampai tak ingat dunia. Biasa lah bila bestfriend datang tidur kat rumah, banyak benda nk gosip. Siap keluar makan dengan Karaoke lagi tu..hmm sakan..hahaha.



Lepaking Makan Ayam Penyet Sungai Buloh


Karaoke time!!!


Disebabkan dok rasa macam dapat tengok awan karpet dengan sunrise tapi jadi lain pulak. Kitaorang gerak dari Damansara Damai ke Bukit Broga di semenyih. Tengok Maps macam sejam je tapi sampai dekat pukul 8 pagi. Alkisah sebab cari jalan tak jumpa. KItaorang ada lalu kawasan perumahan ni Pusing sampai dua kali tapi tak jumpa jalan keluar..hahah bunyi macam seram kan..Tapi tak pun sebenarnya dalam taman tu ada masjid sebab pusing sampai dua kali tapi  tak jumpa jalan so alang-alang dah nampak masjid dan dah pukul 6.30 pagi kitaorang decide solatlah kat masjid tu dari cari patrol station. Lepas solat, alhamdulilah jumpa jalan..hahaha. Masing – masing masa tu fikir mungkin Allah nak bagi pertunjuk suruh solat sujud dia dulu sebelum seronok nak hiking. MasyaAllah. Allahuakbar!

Sampai dekat Bukit Broga ,kami tengok ramai giler datang nak hiking. Parking situ dalam ladang kelapa sawit  dan bayaran parking RM3. Boleh tahan penuh la, kitaorang parking hujung jauh dari tempat permulaan nak daki. Start daki tu track masih landai tapi mengah juga la sebab dah lama tak hiking. Sebab boleh tengok dua –tiga orang meniaga air. Sampai pertengahan, Ada Aunty Chinese ni meniaga air kelapa. Ya Allah godaan betul. Tapi kitaorang tak beli pun lagi sebab nak hiking tak boleh minum air banyak. Oh lupa pulak, dekat situ kena bayar RM1 sebab tanah Uncle & Aunty tu kot jadi dia charge sebab lalu dekat tanah diorang.So teruskan daki sampai suku lagi nak sampai puncak. WOW! Track jadi mencanak. Tu lah cabaran nak hiking Broga. Track mencanak dan licin dek orang selalu hiking, so siapa yang pakai kasut tapak haus tu kena hati- hati sebab tali diaorang letak tak banyak membantu lagi-lagi dengan ramai orang.


Before Hiking!





Nak dijadikan cerita, Kakak kepada Miss Apple pakai kasut sport tapi tapak haus. Jenuh jugak lah Miss Apple tolong dia at some point dekat track mencanak tu dia takut nak panjat lagi walaupun ada tali. Dia dah tak confident sebab banyak kali nak jatuh. Takut jugak Miss Apple masa tu. Penat jugak lah tolong guide dia. So Kakak Miss Apple decide dah tak nak teruskan. Masa tu dua orang kawan Miss Apple dah second track mencanak.  Miss Apple pujuk nak guide pn tak jalan. Takpe lah bagi dia turun sebab takkan nak duduk lama kat situ dengan matahari makin naik. So Miss Apple teruskan sorang-sorang sampai puncak, checkpoint first. Tengok dua orang kawan Miss Apple kemain lagi berselfie..hahaha.




















Full Video of  Broga HikingšŸ’“


Kitaorang stay dekat situ 30 minit lepastu gerak ke second checkpoint. Second tinggi sikit. Permandangan so far cantik jugak dengan angin sepoi-sepoi Bahasa. Lepas rehat-rehat bergambar kitaorang decide untuk turun. Masa tu dekat pukul 11 pagi tapi masih ramai dok daki dengan yang nak turun. Mencabar jugak la sebab track mencanak tu kena hati-hati dengan ada yang terkial-kial nak turun sebab tapak kasut haus..hahaha. Sampai je dekat tempat Aunty Chinese tu kitaorang terus tarik kerusi nak minum air kepala.  Patut la sepanjang track dekat atas tak nampak kakak Miss Apple, rupanya dia tengah menikmati air kelapa fresh. Satu biji RM5 je. Okey lah tu dah kira murah sangat. Lepas 30 minit berehat dan bergosip, kitaorang gerak turun. Toilet situ okey-okey lah nak kata bersih 60-70% je. Bayar RM1.

Dalam perjalanan balik tu singgah makan tengahari. Sampai rumah dekat pukul 2 petang. Semua letih gila mandi-mandi lena je. Petang tu ingat nak pergi Taman Layang- Layang tapi hujan pulak.So sebelum dua orang kawan Miss Apple balik kitaorang jenjalan la sekitar Shah Alam. Pergi I-City, Makan-makan gerak balik sebab esok tu kerja . Hahaha. Hari esok tu masing-masing mesej sakit badan tulang semua lah..hahahaha. Tu lah jadi bila badan masing-masing tak fit. Walaupun tak rancang pun plan tiba-tiba je, Alhamdulillah semua selamat dan  dapat la first experience mendaki Bukit Broga.
Jenjalan I-City


Sampai disini jelah kisah Hiking Bukit Broga dari Miss Apple. Kepada sesiapa yang nak mendaki perkara penting ialah kasut. Kena pandai pilih kasut yang bersesuaian sebab track hiking ni tak boleh nak jangka macam mana. So sentiasa hati-hati walaupun dah selalu hiking sebab bahaya ada dimana-mana.

Byeeeeeee!Zzzzz




Copyright © 2013 Miss Apple